Tuesday, January 3, 2012

Kebahagian di tangan kamu!

2012

‘Happiness is in your hand’. Itu prinsip dasarnya. Semuanya bergantung pada cara kamu berfikir. Andai kamu percaya kebahagiaan itu mampu untuk dicapai maka percayalah dengan sendirinya hidup pasti akan lebih bahagia. Namun andai kamu berfikir sebaliknnya, secara tidak langsung hidup kamu akan terus suram dan terasa dirundung dengan pelbagai masalah. Oleh itu, sekiranya kamu inginkan hidup lebih bahagia, ubahlah cara dan gaya pemikiran kamu mulai dari hari ini. Semak perkara-perkara di bawah ni ok ..

1. Senyum

Mesti korang dah banyak kali dengar kan senyum lah walaupun kita rasa terluka. Tapi sebenarnya memang inilah penawar yang paling mujarab. Kita praktikan perkara yang paling mudah ni walaupun kadang-kadang kita terpaksa senyum dan selindungkan perasaan kecewa kita. Percayalah kalau korang senyum mampu merubah suasana yang suram menjadi ceria. Janganlah korang senyum pada orang yang korang kenal je, apa kata lepas ni kita sama-sama senyum pada sesiapa sahaja yang kita nampak. Tapi hati-hati, cara kamu senyum kadang-kadang ada pula yang tersalah faham. Pandai-pandai lah ye tengok situasi. Dan korang akan rasa bahagia bila orang balas senyuman kamu. Tapi katakan ada yang tak balas senyuman korang, korang janganlah fikir negative. Mungkin time tu dorang ni tak perasan, atau sebenarnya diorang tu juling air. Hahaha korang nampak diorang pandang korang tapi sebenarnya diorang ni pandang benda lain. Anggap je macam tu.

2. ‘You are beautiful, No matter what they say’

Girls terutamanya, termasuk diri aku sendiri. Sometimes kita akan rasa less confident dengan diri kita. Betul tak? Contohnya bila kita berada dalam kalangan yang cantik-cantik dan yang hot-hot, tiba-tiba akan muncul satu perasan yang korang rasa segan dengan diri korang sendiri. Ada tak pernah korang rasa macam tu? Honestly aku selalu sangat rasa macam tu DULU! Normal lah sebab kita perempuan dan kita suka benda-benda yang cantik dan kita selalu nak orang lihat kita dalam keadaan yang cantik tetapi kejadian Allah itu sesuatu yang unik. Kadang-kadang ada kekurangan dan kelebihan yang orang lain tak ada tapi ada pada diri kita.

Sebenarnya ‘cantik’ itu hanya satu konsep dan ia bergantung pada cara kita berfikir. Betul aku tak tipu, alhamdullilah sekarang ni aku bebas je nak pakai apa pun selagi tidak melampaui batas. Dulu aku selalu fikir sesuai ke tidak ni, cantik ke tak ni. Tapi bila aku fikir dan fikir kan cantik itu datang dari cara kita bawa diri kita. Cara kita bercakap dan cara kita express kan diri kita pada orang lain. Cantik itu datang bila kita yakin dengan apa yang kita buat. Pakaian jatuh no.2. Percayalah diri korang ni dalam golongan yang cantik sebab tiada apa yang tidak cantik kerana kita ini adalah sebaik-baik kejadian daripada Allah. Tapi kalau korang rasa korang ni kurang cantik, orang lain pun akan tengok diri korang macam korang tengok diri korang sendiri. Tah lah mungkin sebab aura kita kut. Dalam diri kita kan ada ion positive dan negative. Jadi korang lepas ni fikirlah positive yeah macam aku.

3. Buka mata, Buka telinga

Apa kata korang bercampur dengan orang lain dari pelbagai peringkat umur. Lebih banyak korang bergaul, lebih baik. Korang boleh dapat pelbagai pengalaman. Contohnya, pernah tak bila korang diri korang ni susah sangat? Erm contoh macam ni lah, walaupun aku ni anak tunggal dan selalu rasa sunyi sepi sebab tak da adik beradik tapi sekurangnya aku ada ibu yang selalu manja kan aku berbanding dengan anak tunggal yang kematian ibu bapa. Kesunyian diorang tu lagi dua kali ganda dari aku kan. Atau korang rasa korang ni susah, korang kena ingat kat luar sana tu ramai lagi yang lagi susah dari korang.

4. Luahkan segala yang terpendam

Luahkan sahaja apa yang ada di dalam hatimu. Sekiranya dibiarkan sahaja nanti lama-lama bila dah tak tahan dah confirm-confirm meletup nanti. Daripada kamu berdiam lepas tu nanti meletup tak tentu pasal sana sini lebih baik korang belajar meluahkan sedikit demi sedikit. Sebab tu orang selalu sangat cakap, orang yang diam-diam ni bahaya. Pernah tak korang dengar macam tu. Dulu aku suka sangat pendam kisah duka aku sorang-sorang sampai satu masa hari tu aku gaduh dengan ibu aku. Aku luah apa yang aku simpan selama bertahun-tahun dari pengetahuan ibu. Masa tu aku rasa beban yang berbatu-batu yang aku pikul ni hilang macam tu je. Lepas kejadian tu, aku belajar luah kan perasan aku pada orang yang aku percaya. Tiada siapa yang aku percaya dalam dunia ni melainkan Dia. Allah yang maha esa. Kadang-kadang apa yang kita nak luahkan tu tak sesuai untuk di dengar oleh ibu kita atau pada orang yang rapat dengan kita. Tapi bila kita luahkan pada Allah yang maha mengetahui, kita akan rasa kita di lindungi. Dan setiap kali aku bersujud kepada Nya, aku memohon diberi keredhaan dan di berkati untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini.

5. Lihat sekeliling

Luangkanlah masa 15 minit untuk lihat keadaan sekeliling kamu setiap hari. Memandang ke langit, mendengar suara burung, melihat tingkah laku haiwan mampu membuat korang rasa tenang. Jujur aku cakap aku suka kan haiwan, dan pada sesiapa yang tak suka haiwan tu ok fine tapi janganlah korang tunjuk sangat yang korang ni tak suka. Contoh tak suka kucing, ok fine aku ada 2 3 orang kawan yang tak suka kucing tapi please korang just be cool. Kucing ni memang lah ada yang manja nak bergesel-gesel dengan manusia tapi jangan lah korang sepak or pukul-pukul. Allah dah bezakan kita dan haiwan, kita diberi akal tetapi haiwan tidak ada akal kan. Katakan lah Allah nak tukarkan hukum alam ni, bila-bila je dengan kuasaNya. Apa aku nak sampaikan kat sini ialah, hargai lah setiap kejadian yang dicipta ini. Korang akan rasa bahagia sangat hidup di bumi yang pelbagai kejadian ini.

6. Cuba perkara baharu

Bila korang rasa bosan korang buat apa? Kebosanan adalah salah satu alasan kenapa korang rasa tak happy tau. Korang akan rasa happy bila korang cuba benda-benda baru. Contoh baru ni aku suka sangat buat benda-benda comel. Haha benda apa aku tak leh bagitahu, malu lah kan. Tapi syok lah sekarang ni aku dah tak bosan, life aku pun happy jer tiap-tiap petang. Hihii.

7. Ucapan terima kasih

Cubalah mengajar diri korang untuk ucapkan terima kasih walaupun apa korang dapat tu sebenarnya tak seberapa atau tak bernilai pun. Kalau korang suka mengeluh dan susah nak berterima kasih nanti korang akan jadi rasa tak puas hati lepas tu iri hati.

8. ‘Shoe To Die For’

Korang oh korang, pernah tak dengar benda ni? Dan apa kaitnya dengan hidup kan? Maksudnya kat sini korang kena lah ada seseorang yang mamou membuat korang rasa bahagia. Setiap kali korang rasa tertekan ataui kecewa, si dia ada untuk membuat kamu ketawa. Si dia yang aku maksud kan tak semestinya buah hati, sebab aku pun single dah kejadah nya kan. Kawan-kawan kan ada, BFF misalnya. Ibaratnya korang ada sepasang kasut yang mampu buat korang selesa bila korang pakai. Seperti kata perpatah Inggeris ‘A Really Cool Shoe To Boost Up Your Mood!!’

So korang.. Let’s get your happy life.

No comments: