Monday, January 2, 2012

HAPPY NEW YEAR 2012

Hi assalamualaikum to all the readers. First of all, I would like to wish “A HAPPY NEW YEAR 2012”. End of 2011 kan? Apa korang rasa? Sekejap atau lama meniti tahun 2011? Pada aku 2011 adalah tahun yang penuh dugaan buat diri aku. Kebahagiaan yang aku hadapi tak mampu nak kikis segala pahit ngeri yang aku alami. Masalah dengan boyfriend(ex already), dengan kawan-kawan dengan pensyarah dengan families dan dengan orang asing. Erk siapalah pula orang asing ni?

Alhamdullilah, masa 2bulan before masuk 2011 aku cuba munasabah diri aku. Aku berjaya buang segala apa yang pernah terjadi. Pernah tak korang rasa ada sesuatu yang berlaku tu susah kamu nak lupakan? Contoh nya 1st time bercinta, 1st time jumpa bakal ibu mertua atau apa-apa sahaja yang 1st time, Fine semua tu memang sesuatu perkara yang susah nak kita lupa, tapi sebenarnya semua itu hanya lah mainan perasaan. Kita boleh je lupa kalau kita betul-betul nak lupakan nya. Yeah I did it!

Im happy to be myself dengan tak perlu bertopeng atau apa-apa. Blog kali ni aku nak describe diri aku sendiri. Cuba korang try susah or senang bila nak describe diri sendiri? Kalau kita ni nak describe diri orang senang, nak komen yang buruk-buruk je tapi bila describe diri sendiri semua nak komen yang comel-comel dan yang baik-baik kan?

Tahun 2012 aku rasa dah cukup matang untuk aku kenal diri aku yang akan menjangkau umur 20 tahun pada 6FEB2012 ni. Yeah tak lama lagi im 20ty. Before this aku pernah try untuk jadi seorang perempuan yang lemah lembut, I was tried so hard. But totally I failed. Aku memang dilahirkan untuk manjadi seorang yang garang dan tegas aku rasa. Lagi satu bila kita nak describe diri kita, jangan pernah hiraukan apa orang kata sebab kita sebenarnya kita yang lebih mengenali diri kita. Sebab dihadapan orang kita boleh hipokrit kan tapi bila kita dengan diri sendiri kita bebas kan.
Aku jenis yang kuat melawan, bukan untuk kurang ajar tapi aku bukan jenis mudah nak setuju dengan pendapat orang. Title “degil” lebih sesuai untuk aku. Aku juga jenis cepat nak marah kepada manusia yang susah faham bahasa. Cakap sekali tak faham tapi nak kena marah-marah baru nak faham. aku memang tak respect orang yang belum patut untuk disrespect. Talk about guy, diorang ni selalu sangat nak perempuan tu respect diorang macam lelaki yang baik. Kalau betul-betul baik, aku memang akan hormat laki tu, tapi kalau ada jenis yang pura-pura baik lepas tu nak tegur kesalahan aku tapi dalam masa yang sama dia ajar kita buat benda tak elok. Patut ke hormat laki macam tu? Untuk lari dari kesalahan lelaki akan jawab, “Kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi”.. Now korang boleh nampak tak macam mana lelaki nak lari dari kesalahan diorang dengan memutar belit kan semula kesalahan tu pada perempuan pula.

Ok perempuan ni jenis yang suka untuk menurut perintah suka untuk diarah oleh lelaki. Jadi bila perempuan ni dengar cakap tapi lelaki pijak diorang ni. Sebab tu ramai remaja perempuan kat luar sana tu hamil luah nikah. Ramai yang kata kenapa perempuan ni bodoh sangat serah kan diri diorang. Tapi sebenarnya diorang bukan bodoh tapi diorang ialah kaum yang lemah. Dulu aku pun pernah kata macam tu tapi sejak suatu hari tu masa aku duduk santai-santai dengan Wan aku. Dia tiba-tiba bersuara sambil pegang surat khabar. “Wanita ni ialah kaum yang lemah, sebab tu Allah jadikan kaum Adam untuk mendidik kaum hawa”. “Tetapi lelaki sekarang banyak yang mengambil kesempatan keatas kelemahan kaum wanita.” I was thinking, Apa yang nenek aku ni cuba nak sampaikan. Bila aku dah dewasa dan makin dewasa, baru aku sedar. Kalau kita salah memilih lelaki, kita akan dapat lelaki yang mejuruskan kita kearah negative. Tapi kalau kita pilih lelaki yang betul, mereka ini akan membimbing kita kearah kebaikan. Sebab wanita ialah seorang yang lemah dan mudah cair dengan pujuk rayu kan.

Pada siapa-siapa yang dah pernah kena dump dengan laki tu korang take time, nangis puas-puas dan kenang lah puas-puas memori korang bersama. Lepas tu buang dan bakar. Masa aku kerja part time dulu, banyak sangat kisah cinta yang kau dengar, manager aku sendiri dah 6tahun bercinta tapi lelaki tu boleh tidur dengan perempuan lain. Paling sedih bila hubungan curang laki tu sebenarnya dah hampir setahun.

Aku tak rasa nak berubah jadi orang lain. Jadi diri sendiri lebih bahagia, walaupun baru ni kawan aku yang dekat Melaka tu kata “awak ni garang lah tak berubah-ubah, cuba jadi manja sikit” haha what should I say? “sebab saya garang macam ni awak still try saya kan dari zaman sekolah sampai sekrang ni”. End with smile.

I love fashion I love shopping. Dan hobi aku ni memerlukan duit. Jadi lupakan dulu sebab apa yang penting sekrang ialah habiskan pengajian aku yang hanya tinggal lagi 1 sem je. Di university aku bertudung, alhamdullilah aku mula berubah dari free hair sekarang ni aku dah cuba mula tutup aurat aku walaupun tak sepenuh masa lagi but I will try to be Hamba Allah yang taat dengan perintahnya. Insyallah just please pray the best for me.

Untuk tahun 2012 ni aku harap aku akan lebih berjaya. Yakin dengan diri sendiri apa ada nya. Thanks to him yang selalu ada dari dulu dengan diri aku dan jadikan aku diri aku sendiri. Best Friend Ever la harap-harapnya.

Happy New Year Again 2012. If the way i think is not exact with what you all think, its fine because this is my opinion kan.

No comments: