Monday, September 29, 2014

Chocolate Fountain Di Kuala Lipis


| Chocolate Fountain Di Kuala Lipis | Assalamualaikum semua. Hari ni liz nak kongsi kan sedikit mengenai Chocolate Fountain. Buat semua penduduk Kuala Lipis, Raub, Bentong, Mentakab yang perlu kan khidmat set up chocolate fountain boleh la hubungi liz.  Buat masa ni liz buat mini pakej untuk majlis hari jadi dan pertunangan.  Booking seminggu awal yeah takut nanti full book on weekend.

Mini Pakej
 
Marshmallow!!
 
Apple & Grape Stick!!
 
Strawberry & Kiwi Stick!
 
 
 

Friday, September 26, 2014

Vitamin A & Cleanser Ko Skin Specialist Center


| Harga Vitamin A Dr. Ko | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai sangat yang PM dekat Facebook liz bertanya mengenai Dr. Ko Skin Specialist Center ni. Okay tiada masalah, you alls boleh je pm liz secara personal. Liz sudi je untuk berkongsi pengalaman sebenar dengan sesiapa sahaja yang ada masalah acne. Faham sangat-sangat macam mana perasaan tu. =)

Mesti tak sabar nak pulih dan nak miliki kulit yang sihat dan ceria. Betul tak? Soalan yang biasa orang akan tanya liz ialah wajib ke beli Vitamin A dengan Dr. Ko. Kalau you alls tanya liz, liz mesti cakap wajib, kiranya kalau tak beli dosa tau. Hahaha. Sebenarnya kalau pergi ke Ko Skin Center memang ini antara vitamin yang disarankan oleh consultant sebab vitamin ni berfungsi untuk control oil dan pimples.

Bukan senang nak control oil dari dalaman. Macam-macam produk ada di pasaran. Sama-ada sesuai atau tidak sahaja dengan badan dan kulit diri sendiri. Liz sendiri pernah cuba macam-macam produk tapi tak berhasil pun.  Jadi when I found out it is getting worse liz decide untuk jumpa Dr. Ko. Memang berkira-kira juga sebab expenses nya boleh kata ehem.  Alhamdullilah pada diri liz sendiri memang sangat-sangat membantu vitamin ni. Memang hasilnya kulit akan sedikit kering dan agak mengelupas tetapi yang bagusnya jerawat memang STOP. Kalau 1 2 tu kadang-kadang ada juga naik tapi bila masa nak period. Berbeza dengan sebelum liz makan Vitamin A ni memang jerawat suka sangat naik dekat muka liz. #tahulahicute

Ramai nak tengok kulit muka liz sebelum dan sekarang. Untuk makluman liz masih lagi under treatment. Yes memang agak lama. Tapi liz pernah stop 3 bulan, lepas tu makan tak pantang. Uish naik pula bintik-bintik hitam dekat muka. Liz ingat jerawat naik semula memang kerisauan kut masa tu. Rupanya masa liz buat extract, beauty specialist kata bintik-bintik hitam.  Jadi lepas extract kulit rasa bermaya semula.  Sekarang ni rileks-rileks kumpul duit buat lazer. Sebab lazer ni kosnya boleh bayar duit kereta bulanan liz. Hihi!

Malam

 Siang
(Gambar bulan 1)

Okay  rajah di atas ialah my real skin masa bulan 1! Burning dan pimples are everywhere.  Scary kan?  Tapi sebenarnya silap liz tak pakai SUNBLOCK.  Well Pulau Langkawi sangat panas cuacanya. Masa bercuti kemahen liz main air laut, naik banana boat, guling-guling atas pasir, berlari-lari itik main ombak dan banyak lagi hehe. #macamtakpernahjumpapulau Makan SEAFOOD yang banyak dan hasilnya memang liz sendiri terkejut. Sekejap je, dalam sebulan rosak habis kulit.  Jadi pesanan liz, if your skin adalah jenis yang sensitive please sangat-sangat check dulu activity yang anda semua nak dibuat tu. Tak pernah expect pun boleh jadi seteruk ni.  For sure lah stress you alls. Uishh perempuan kut siapa yang tak nak cantik. #koskincare #everybodydeservetobepretty

Jadi bulan 12 2013 liz mulakan rawatan dengan makan Vitamin & Antibiotik. 

Harga nya RM180 sebotol 30 biji.
Kiranya 1 biji ialah RM6 x 30 biji = RM180.00

Masa ni bulan berapa ye. Jap-jap nak recall.
Okay check dekat date phone kata ni gambar bulan 4.

Dekat dagu banyak sangat jerawat dulu. Serius banyak. Pelik juga kenapa dekat dagu ni silih berganti naik. Kata orang, kalau dekat dagu ni ada masalah dengan sistem kidney. Teruslah liz hari-hari tau makan buah, makan sayur. Minum air masak banyak. Sambil tu consume vitamin A sebab memang sangat berkesan vitamin A ni.  Terus hilang jerawat. Dan sekarang ni alhamdullilah dekat dagu memang dah takda jerawat. Happy bak hang tau tak.  Atau ada sesiapa nak suggestkan cara untuk hilang scars tak? Lazer belum mampu lagi nak buat hukhuk.

Dreaming nak dapat tajaan dari Ko Skin Care. Jadi model testimoni ke waceh! Eah tak-tak, liz share ni sebab liz faham how you all rasa if ada pimples yang ketara macam ni.  Girls out there yang semula jadi having a good skin Alhamdullilah syukur.  Please support us, please support mereka-mereka yang memiliki masalah seperti liz.  Dan please don't look down towards them. Mereka juga perlukan sokongan untuk yakin berhadapan dengan orang awam.  

Untuk latest pica sabar ye. Nanti kita update berperingkat.
Semoga apa yang liz kongsikan ni dapat membantu.
Don't Give Up Girls.
Love you all.


Thursday, September 25, 2014

Cara Lelaki Ambil Hati Si Gadis


| Cara Lelaki Ambil Hati Si Gadis |  Topik ni bakal membuat sesiapa sahaja yang baca terasa ngilu ulu hati. Haha! Perempuan ni kalau boleh dan seboleh-bolehnya berangan mesti nak lelaki yang romantik macam pelakon Slot Akasia. Tak kesah lah slot drama mana pun tapi kalau hero-hero dekat AKASIA tu mesti sweet-sweet je. Mesti teringin nya nak ada yang macam tu.

Tapi story ni nak cerita pasal someone yang suka kasi liz hadiah yang pelik-pelik.  Well! Liz suka shopping, liz suka baju, suka kasut, suka handbag, suka barang make up, suka tudung dan suka aksesori.  Jadi mesti rasa lagi seronok kalau ada orang suka hadiahkan benda-benda yang liz suka ni. Kiranya ommai ommai heaven nya kan. Feefeling camgitoh lah.

Beza sangat dengan someone ni sebab dia suka bagi liz barang household. Yes household you all. Aumm macam hadiah mak-mak tau. Tapi rasa seoronok jeh sebab hari-hari boleh guna.  Baru ni liz dapat lagi 1 barang household. Liz dapat Thermos plus Mug. Sebelum ni selalu minum air mineral je you alls. Sekarang sejak ada benda dua alah ni, hari-hari air panas. Milo panas lah. Teo panas lah. Horlick panas lah. Sebenarnya macamlah dekat ofis aku takda pantry. Haha tapi jenis malas gituhlah. Last-last bawa perkakas ni ke ofis. 

Tadaaaaa PETRONAS SYNTIUM!
Thermal Mug & Double Wall Vacuum Flask

Suka sangat-sangat!

Penutup yang sangat kemas dan mudah nak bukak.

Jadi bila tuang air akan keluar melalui lubang tu. 
Tak macam sesetengah thermos terus direct dari bekas kan. 



Ini Mug nya. Jadi bila nak minum kena tuang ke dalam ni. 
Aumm rasa perempuan sangat. Main tuang-tuang tau dekat ofis. Liz sebenarnya jenis simple je, tapi lani sejak ada benda ni kemahen beradap bagai tau.



Thank you Petronas!  Ini cara dia. Bagaimana cara anda pula ye? 



Tuesday, September 23, 2014

Husband To Be & Wife To Be Felt Pillow


| Felt Pillow |  Alhamdullilah siap lagi 1 set bantal couple. Di tempah oleh seorang abang kepada adiknya yang bakal bertunang. Sweet kan ada abang yang super duper sweet macam ni. Jarang nak dapat abang yang sweet macam ni.


Sekarang dah macam jadi trend gunakan Felt Pillow sebagai props yang patut ada dalam majlis pertunangan ataupu perkahwinan. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah atau nak tanya-tanya pun boleh whataps liz di no. 0179804423. Tak da masalah. :) InsyAllah akan reply whataps you alls semua. 


Tempat Makan Menarik Di Sentul "AR STEAK"


| AR STEAK SENTUL | Go for Western Food lagi!  At first nak try Muslim Wersten Food dekat Klang, berhadapan dengan Aeon Bukit Tinggi tetapi memandangkan my mood is like thunder storm yang tengah aktif. AA terus ke KL bawa liz cari supplier.  Senyap seribu bahasa dalam kereta. My mogok day! Nak tahu sebab apa? Mana boleh, adalah rahsia tau.  Okay fokus-fokus nak cerita pasal AR Steak ni.

Lokasinya adalah seperti berikut : 
Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Masa nak balik ke pahang, AA tanya nak makan dekat mana. Liz just jawab tak kisah as long as ada western food.  Mujurlah sangat laluan nak keluar dari KL ke Pahang akan lalu Sentul. Dia tanya lagi okay nak pergi Naili's Place tak? Liz terus cakap tak nak. Cerewet kan liz ni! Mujur juga lah ternampak AR STEAK restaurant ni. Masa ni dahlah hujan. Hujan lebat okay. Kalau nak baca pasal Naili's Place boleh click sini.
Sampai-sampai je terus cari tempat duduk. Dan perkara pertama AA cakap "Jom duduk dekat tempat ada air terjun tu, tolong ambil gambar sekali dan buat caption 'Crying at Aeon Bukit Tinggi meleleh-leleh likes watersfall.' "  Lepas tu dia gelak-gelak.


Tempat ni ramai memang ramai orang.  Walaupun hujan lebat, mungkin lokasinya berhadapan dengan kawasan rumah flat, apartment dan kawasan perumahan. Lokasi yang mudah orang nak jumpa. Suasana dalam restaurant ni pun seronok. Banyak lampu-lampu. Dan paling kelakar bila AA cakap "Pergi tengok toilet dia ... BEST! Perbuat daripada kayu." Masa tu dalam hati sempat juga kutuk, takda benda lain ke nak puji, toilet pulak dah.  Sebelum balik liz pergi toiletnya dan yes betul cakap AA, memang best sebab lantainya kayu. Lepastu guna cebok dalam tempayan. Macam dulu-dulu tu. Dah lama tak guna air dalam tempayan tau.  Memang fefeling zaman dulu-dulu.


Menu booknya! 



Dalam ni banyak hiasannya dengan payung. Lampu-lampu. Lebih kurang klasik sikit. Mereka gunakan sarang burung sebagai lampu. Letak bulb lampu dalam sarang burung. Kreatif kan? Tapi terlupa pula nak ambil gambar bila makanan tiba-tiba sampai.

 Jus Belimbing RM3.00 Jus Honey Dew RM3.50

 Chicken Chop RM10.50 (Murah kan?) Memang sedap. Liz suka semua yang ada. Habis makan!

 Chicken Chop with Mushroom Sauces RM11.50. Rasa dia agak creamy. 

 Kentang goreng RM5.00

Banana Split RM5.00 

Hah macam mana? Liz rasa harga memang murah sangat berbanding Naili's Place yang liz pergi dulu. Makanan nya juga lebih sedap sebenarnya dekat sini. Jadi sesiapa yang berhampiran dengan Sentul tu sesuai sangat nak makan sambil relax-relax. Orang detim pun ramai datang makan sini. Bagi yang tak makan western tu jangan risau sebab dekat sini ada makanan ala-ala Thai. Ikan siakap pelbagai rasa pun ada. Tom yam. Kerabu. Makanan panas yang lain pun ada. Ada tempat boleh lepak-lepak. Banyak pondok-pondok untuk makan beradap. Hihi sambil makan tentang-tentang mata bersimpul malu gituh!  Selamat mencuba.









Friday, September 19, 2014

Nurul Elya MUA (Make Up Artist)


| Nurul Elya MUA (Make Up Artist) | Assalamualaikum semua.  Setiap bulan pasti ada sahaja yang nak bertunang dan berkahwin. Betul kan, itu belum termasuk yang nak kahwin 2 3 4! Hihi ~~  Bagi mempelai perempuan perkara utamanya sudah pastilah untuk kelihatan cantik berseri di hari bahagia.  Jadi pemilihan jurusolek yang hebat perlulah dipilih sebaik mungkin. Hari ni saya nak cerita mengenai Nurul Elya seorang MUA yang sangat-sangat saya suka. Hasil seni tangan dia memang buat saya hari-hari nak chat dengan dia dan bertanya produk jenama apa Kak Lya guna ni? Macam mana Kak Lya buat ni? Haha tanya je banyak tapi buatnya tak tahu juga.

Jadi bagi bakl-bakal pengantin tu. Kalau masih belum jumpa jurusolek yang sesuai. Boleh cuba contact Kak Lya ye. Sebab kalau lambat booking nanti susah juga. Jangan buat payung terjun sendiri. Bahaya-bahaya. Serahkan lah pada yang pakar. Jom tengok beberapa contoh yang Kak Lya dah make up. Ada macam-macam skills. Nak nampak natural boleh, nak nampak betul-betul awesome pun boleh.  Memang betul-betul make over la you alls!







Macam mana? Hah ini baru sikit. Banyak lagi sebenarnya. Dah macam Farah Wahedaa dah adik ni saya tengok. Eah adik ke? Huhu! Jadi bagi yang berminat nak usha-usha pakej Kak Lya ni boleh lah directly contact di :

1. FB : Nurul Elya MUA 
2. Phone Number : 0173759309 ( whatapss / call ) 




Thursday, September 18, 2014

Layanan Pekerja BSN Semakin Teruk


|BSN KUALA LIPIS| Bank yang semakin tenat dengan sikap dedikasi sebagai pekerja.  Sebelum saya buat keputusan untuk blog kan mengenenai Bank BSN Kuala Lipis saya buat beberapa pembacaan di carian GOOGLE. Rupanya memang ramai dan sudah bertahun-tahun aduan demi aduan di luahkan oleh para pengguna BSN di seluruh negara. Kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu sebelangan.  Segan sebenarnya nak aibkan BSN di daerah sendiri tetapi yang pahit itulah kebenarannya.

Bila di luahkan kepada rakan-rakan. Kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan di laman sosial. Ye memang terlalu ramai mengutuk dan mengata mengenai kamu wahai BSN. Kenapa dan kenapa masih tidak mengambil iktibar dan memperbaiki? Dari generasi ke generasi mewarisi carta No. 1 dengan aduan paling banyak? Itukah misi dan visi kamu wahai BSN.

Wahai BSN, tahukah kamu bahawa kamu adalah bank simpanan saya sejak dari kecil lagi. Ketika itu saya baru mula belajar menabung. Sehingga kini sudah bekerja masih cuba untuk setia dengan BSN. Walaupun simpanan tidak selalu ke sana tapi saya tak pernah pun berniat untuk menutup akaun di BSN.

Pakaian para pekerja sudah tampak kemas. Cantik manis dan kacak belaka namun adab dan adat tidak seperti itu. Tidak segan kah pekerja di BSN bila kamu di bandingkan dengan pekerja bank-bank yang lain.

Ye betul kata salah seorang pekerja BSN, kalau tak suka BSN pergi je bank lain.  Tergelak kecil saya di dalam hati. Kata-kata itu dilemparkan kepada seorang pakcik tua yang sedang membebel-bebel kerana kaunter cuma buka 1 sahaja sedangkan penanti-penanti setia kebanyakkannya daripada golongan vateran ini sudah terlalu bosan menunggu. Kalaulah semua gaji orang sektor kerajaan ataupun pencen pakcik makcik yang dah uzur ni diberi pilihan untuk menyimpan bank kesukaan masing-masing. Saya pasti BSN bukanlah pilihan mereka. Jadi wahai pekerja sekalian janganlah terlalu angkuh dengan kata-kata sendiri. Kerana adanya kerja kamu di situ kerana mereka. Kerana adanya pengguna.

Tetapi apa yang kelakarnya BSN ni ada sahaja alasan yang direka sendiri. Untuk golongan vateran bolehlah nak kelenton sana sini. Jangan diberi alasan kerana kakitangan tak cukup sebab pelanggan terlalu ramai. Inikan saya yang datang ketika orang tak ramai pun ada sahaja alasannya. Biarkan kenalan-kenalan sendiri memotong nombor giliran pelanggan yang lain. Haish ini boleh mendatangkan kemarahan.

Alasan paling bernas mereka beri adalah "ini ialah customer yang terlepas nombor". Amboi-amboi sampai dua orang terlepas nombor kah? Ingat saya pekak tak dengar perbualan kamu atau buta tak nampak daripada mana datangnya mereka. Mengamalkan konsep AMBIL NOMBOR DAHULU dan DATANG KEMUDIAN kah?

Email aduan pun telah dibuat pada servicemanager@bsn.com.my entahlah apakah feedback nya nanti. Macam-macam lagi berlaku tadi. Terlalu banyak sangat adab dan kelicikkan sudah sebati dalam diri pekerja BSN ni agaknya. Baik muda mahupun tua yang sudah lama bekerja semuanya mewarisi sikap turun temurun. Yea sikap turun temurun sebab saya yakin ramai pembaca pun boleh agak apa yang saya maksudkan tanpa perlu menulis perkataan negatif tersebut.

Dan baru saya tahu rupanya BSN Kuala Lipis juga pernah mendapat ruang di dada akhabar UTUSAN. Rujuk gambar di bawah. Dan terjumpa pula artikal ni dekat arkib utusan. Tahun 2000. Sekarang 2014. Sebab tu saya kata sikap turun-temurun.


Saya menulis ikhlas sebagai seorang pengguna. Bukan kerana unsur dengki atau sabotaj. Mudahan BSN Kuala Lipis memperbaiki mutu kerja untuk lebih maju lagi ke hadapan untuk masa akan datang. Cubalah ubah persepsi masyarakat mengenai jenama bank anda.

Assalamualaikum.

Wednesday, September 17, 2014

Annual Dinner TF Jerantut 2014 bertemakan "Makan Malam Gala"


Assalamualaikum. Hi readers!  Okay you alls hari ni liz nak share video yang liz sempat rakam sempena "Annual Dinner TF Jerantut" bertemakan Makan Malam Gala bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Tema bebas. Macam-macam fashion digayakan masing-masing. Sepanjang berjalannya program ni liz dapat rasakan mereka sangat enjoy. Happening! Bukan senang nak organize sebuah majlis. Terkurang terlebih adalah perkara biasa.  Yang penting sekali ialah kerjasama. Kalau tak da kerjasama antara sesama mereka pasti program ni tak dapat berlangsung. Bayangkan mereka ni kerja dalam retail. Kadang-kadang masa kerja mereka adalah dari jam 9 pagi - 10 malam. Jadual masing-masing ber-shift.  Penat kerja satu hal kan.

Terima kasih buat Kak Aini (HR) TF Jerantut tempahkan kami hotel. Dan sediakan meja buat kami. Wink-wink. Liz jarang jadi VIP sebenarnya. Banyak lagi nak cerita tapi dek sibuk sangat jadi ingatan pun banyak juga dah luput. Haish.  Jom tengok video pembukaan dari staff-staff TF Jerantut. Mulanya nak tunjuk video pebukaan tu tapi berat sangat tak dapat load. Sorry. Tapi takpe-takpe liz gantikan sikit 1 video diorang cat walk. Lawak tau!  Ada banyak lagi peserta yang cat walk tapi ini je sempat rakam.  Sporting juga mereka ni. Bila la masa diorang ni pi practice agaknya. 

Annual Dinner ni ada macam-macam jenis dan cara. Tak semestinya perlu berprotokol sangat. Jadi terpulang kepada kata sepakat ahli nak buat simple-simple ke nak buat havoc-havoc ke kan? Hak masing-masing. Annual Dinner branch Kuala Lipis will be on 14 Octocber 2014. 
First Anniversary okay. Semoga semuanya baik-baik saja.

Selamat menonton.



Tuesday, September 16, 2014

He Likes My Sandwich


| Sandwich Liyliz Yusof | Assalamualaikum semuanya. Hari ni liz nak kongsi sandwich yang liz suka makan, family suka makan dan si dia pun suka makan. Kadang-kadang sandwich ni boleh dikatakan macam makan untuk lunch sebab sangat mengenyangkan. Well nak dijadikan cerita memang pernah buat makan untuk lunch.

Liz buat bekal sebab ada interview yang mana memang tak sempat nak singgah lunch. Jadi lunch dalam kereta. Kadang-kadang saja nak tunjuk skill masak dengan si dia pun ye. Haha! Perempuan memang perasan dan perasaan nak dipuji tu ada. Kalau sedap mesti dia puji, kan kembang plus-plus sejuk hati ni. #Alkisah nak ambil hati bos. Actually projek nak pikat hati bos.

Pagi-pagi dah bangun lepas solat subuh terus ke dapur prepare brekafast. Bawa naik bas tau sebab nanti sampai terus liz otw ke tempat interview. Thank you bos dari kerteh tau datang ke KL hanya hantarkan iolss ke Solaris. :) wink wink.


Liz guna dua jenis roti. 1 jenis oat punya, sorry tak ingat nama penuh. 1 lagi guna roti butter blueberry. Jadi bila makan tu takda lah muak. Sebab akan rasa manis masam dan rasa seratnya juga. 


Bolehlah letak telur bulat sebiji ye. Liz campur susu cair sikit dalam telur ni.


Letak cheese ye. Masa telur panas-panas nilah letak nanti cheese ni dia cair siki-sikit.


Letak sosej banyak-banyak okay atas tu. Ikut suka hati you alls lah.


Letak black paper dan juga serbuk origano. Urmm memang rasa dia sangat awesome!!
Bukan puji sendiri tapi serius sedap. Kalau nak lagi comel boleh lah tekap buat bentuk love ke. 
Makan pun macam ada cinta nanti haha.


Tiba-tiba terfikir. Perlu ke aku update pasal Sandwich ni. Hahaha.


Monday, September 15, 2014

Hotel Murah Jerantut Pahang "Jerantut Hill Inn"


Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi kan dengan pembaca setia sekalian mengenai HOTEL MURAH di Jerantut. Okay apa yang aku nak cerita ni semua ikhlas daripada pengalaman aku menginap dekat hotel ni ye.  Seminggu yang lepas aku ke Jerantut untuk hadir 1 Anniversary Dinner Branch sana, alkisah gigih juga la aku mengenal jalan drive ke sana.  Pada pendapat liz hotel ni sangat murah dan selesa. Agak besar jugak kalau nak dibandingkan hotel dekat Shah Alam yang liz nginap tu lagi mahal.


Boleh tahan cantik kan. Simple dan menarik.



Lokasinya berhadapan dengan stesen bas baru Jerantut. Sebelahnya pula ada pasaraya TF Value Mart Jerantut. Kawasan-kawasan berhampiran pun ada banyak lot-lot kedai. Sangat-sangat stratergik! Memang boleh jalan kaki je sekitar kawasan hotel ni untuk ke kedai-kedai.  Liz nak parking kereta pun mudah. Almaklum saya pemandu baru. Huhu. 

 Jom masuk tidur! Amboi orang dekat dalam tu gelak-gelak. 
Dia tak tahu kita tengah tolong promote hotel ni tau secara percuma lagi.

Bila nak naik tangga boleh cuci mata tengok banyak frame tergantung.
 Dalam bilik pun ada bergambar tapi tak rajin nak transfer dari phone ke laptop.
Gambar lebih kurang je. Besar sangat biliknya dah harga memang murah sama seperti dalam flyers tu. Jadi kepada anda-anda yang tak tahu nak menginap dekat mana. Bolehlah cuba di sini ye.
Alamat dan lokasi seperti yang tertera di dalam gambar.




Monday, September 8, 2014

Cara aku bahagikan masa jana side income.


Hi Assalamualaikum kawan-kawan.  Alhamdullilah rezeki business part time liz. Liz tak tahu mana datang minatnya berbusiness ni, mungkin juga dari mak liz. Mak berniaga kuih-muih tapi liz pulak lain ceritanya. Tak minat sangat memasak. Sorry dear future husband sebab liz tak rajin untuk ke dapur. Baru nak berjinak-jinak.

Liz mungkin mewarisi minat nenek. Nenek liz suka benda kraft tangan dan benda-benda yang kreatif. Syukur sangat sebab liz tak sangka tempahan felt pillow liz sekurang-kurangnya akan ada setiap minggu. Paling tak pun setiap bulan tu pasti ada. Cuma sebab liz buat secara part time jadi masa tu agak terhad. Ramai yang tertanya-tanya liz ni kerja apa. Liz sebenarnya kerja sebagai Human Resource Assistant. Kuli je.

Liz kerja dalam industry retail. Walaupun kerja dalam retail ni 6 hari seminggu tapi liz gigih juga adakan masa untuk jana pendapatan sampingan. Bantal yang liz buat ni siap dalam masa seminggu. Habis kerja jam 6 petang. Liz akan mula buat mula pukul 8 malam dan keatas. Liz akan fixed tidur pukul 12. Tak lebih dari pukul 1. Tapi kadang-kadang ada juga masa liz penat dan skip jahit bantal.  Itulah setakat ni kitaran lifestyle liz. Bukan senang nak senang. Usaha tu kena lain macam sikit. Selesai kerja liz dah standby siap-siap bantal ni dalam kereta. Habis kerja je liz hantar COD tapi untuk area kuala lipis sahaja.  Kalau luar area Kuala Lipis tu liz akan pos lah. Alhamdullilah sejak ada kereta ni makin mudah liz nak bergerak dan gunakannya sebaik mungkin. Sebab banyak lagi wishing list liz masih belum tertunai.  Jadi kepada kawan-kawan lain, kalau korang nak jana pendapatan lebih tu boleh sangat cuma cari minat korang tu dalam bidang apa. Ada kawan liz yang buat part time jadi mak andam. Kan seronok macam tu dapat duit untuk belanja tak payah nak tunggu duit gaji.


Ini bantal yang latest liz buat untuk COD.

Bila borang permohonan kerja ramai 'Status JANDA'


Assalamualaikum.

Aku secamam seram bila semak borang permohonan kerja yang aku terima.  Ramai status nya JANDA ataupun Ibu Tunggal.  Aku sendiri faham bagaimana rasanya seorang ibu itu besarkan anak tanpa suami di sisi. Walaupun aku belum berkahwin dan mempunyai anak.

Dan mereka-mereka ini masih lagi muda. Berusia dalam lingkungan 19 tahun - 35 tahun.  Adakah faktor berkahwin muda? Faktor ekonomi? Faktor tidak sefahaman?  Perkahwinan sekarang boleh diselesaikan dengan cara bercerai.  Itu yang aku lihat dengan mata kasar aku. Ada sedikit masalah sahaja mereka lebih gemar mengambil langkah untuk membawa haluan masing-masing dan mangsa keadaanya adalah anak.

Aku sendiri belum bersedia berkahwin. Yeah mungkin didorong oleh persekitaran bila aku tengok  rakan-rakan yang sudah bertunang dan berkahwin. Well CINTA la sangat kononnya. Tapi itukah faktor untuk harungi kehidupan? Entah aku pun tak tahu.

Tapi ramai sangat yang berstatus janda dalam usia yang sangat muda. 19 tahun janda dan mempunyai anak 1. Susah aku nak percaya di zaman sekarang ni pun masih ada kes macam ni.

Bila dah bekerja mula rasa kebebasan sana sini. Peroleh pendapatan sendiri. Lain pula ceritanya. Bersuka ria sehingga terabaikan anak pula.  Totally not agree get married at the early age lah okay.



 

5 Perkara Liyliz Paling Suka


Assalamualaikum.

| 5 Perkara Liyliz Paling Suka |

1.  Aku suka sangat jalan-jalan.
Walaupun kaki sakit sebabkan lenguh berjalan jauh. Aku rela pura-pura akulah paling kuat berjalan antara yang lain.

2.  Aku suka makan makanan western.
Walaupun aku ni asalnya orang kampung tapi tak tahu kenapa aku lebih memilih western food. Mungkin sebab sejak aku berhenti makan pedas. Tekak aku mula berubah 50% dari asalnya.

3.  Aku suka main game yang berunsurkan air. Taman tema air sebagai contonya.
Walaupun tiap-tiap pagi aku mandi 'air panas' huhu dah agak liat nak mandi sebab air dekat rumah aku tahap ais batu. Tak payah pergi treatment mandi ais dekat spa pun okay.  Taman tema lain, open air. Air tak sejuk!

4.  Aku suka buat kerja kraft.
Walaupun tulisan aku buruk. Yes memang sangat buruk tulisan nya. Pernah tulis kad raya guna tulisan printing dan aku tampal dalam kad raya tu supaya dapat cover tulisan aku yang buruk.  Tapi untuk perkara-perkara yang kreatif aku pandai buat. Dan mungkin juga tulisan orang buruk ni memang dilahirkan untuk menjadikan orang yang penuh berseni. Haha!

5.  Aku suka online shop.
Rezeki aku dengan business jual bantal custom ni buat aku rasa seronok je nak transfer duit maybank2u ke online2 shop yang awesome.  Mujur duit gaji aku bukan termasuk dalam maybank2u.

Jadi antara-antara perkara di atas ni memang boleh buat aku rasa happy dan hilang stress dari fikirkan masalah kerja ataupun personal. 


Thursday, September 4, 2014

Hai kenapa Foreign Worker suka sakit yg serius?


Dear Blog.
Sorry lupa bagi salam "Assalamualaikum semua". Hari demi hari terasa makin-makin sibuk.
Sentiasa akan ada benda baru untuk belajar. Hari ni nak share sikit pengalaman kerja. Sabtu lepas ada Foreign Worker masuk wad sebabkan bermasalah dengan paru-paru.

Lebih kurang 6 hari termasuk hari ni. Baru discharge tengahari tadi. Sebenarnya tak perlu risau mengenai bayaran hospital dan sebagainya sebab setiap pekerja asing yang datang secara sah semua dah didaftarkan insurance. Jadi kalau apa-apa berlaku pada mereka-mereka ni. Hantar je ke hospital lagi bagus dari ke klinik panel.

Tak silap liz, staff ni dah 3 4 kali pergi klinik panel tapi tetap juga tak elok sakitnya. Daftar dekat Kaunter Pesakit Luar Hospital Kuala Lipis kenalah charge RM50. Lepas tu kalau ada tinggal dekat wad macam staff liz ni dalam 200 lebih juga. Lepas tu ada pula small operation dekat bahagian rusuk dia. Liz pun tak pasti sakit apa cuma merujuk pada Dr. indian dekat situ, dia ada jangkitan pada paru-paru. Ada cecair lebihan tapi dah disedut, sekarang pun dah okay. Makan ubat dan perlu buat rawatan susulan 18 sept nanti.

Total chargenya tadi RM950 huhu. Okaylah tu claim insurance. Cuma tugas liz kena hantar passport dan salinan passport serta permit. Insurance polisi tak perlu pun bawa sebab semuanya boleh disemak melalui ONLINE. See mudah kan? Cuma pastikanlah staff tu memang dah berdaftar dengan insurance. 




Tuesday, September 2, 2014

Poster Karaok Paling Cepat Aku Buat!


Assalamualaikum. Hah sambung part II punya story. Ya Rabbi kenapalah kat Kuala Lipis ni susah nak ada hotel yang 4 5 stars kan. Mudah kerja aku nak settle kan ANNUAL DINNER ni kalau la ada. Bayar je pihak management hotel buat semua decoration dan nego-nego price.
Eee malas nak cerita lagi pasal HALL. Cerita pasal POSTER!

Hari ni sepantas kilat aku buat poster karaok. Ala poster ni untuk ditatapi oleh pekerja internal jadi aku rasa sweet jugakla poster aku ni. Mudah sesangat-sangat aku buat. Sepantas kilat pulak tu cuma takda sound efek je.

Aku google pun sambil boleh pejam mata je tau pap-pap-pap ha keluar gambar dibawah ni.




Selesai sudah. Sebenarnya sebelum poster ala touch and go aku ni keluar. Ramai dah yang tahu. Dah ada yang hantar makluman penyertaan pun. Tapi nak kasi benda ni memang wujud dalam bentuk hitam putih so aku pun create lah 1 benda macam ni. 

Mudah kan. Itulah aku yang tak berapa tahu seni.