Wednesday, September 17, 2014

Annual Dinner TF Jerantut 2014 bertemakan "Makan Malam Gala"


Assalamualaikum. Hi readers!  Okay you alls hari ni liz nak share video yang liz sempat rakam sempena "Annual Dinner TF Jerantut" bertemakan Makan Malam Gala bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Tema bebas. Macam-macam fashion digayakan masing-masing. Sepanjang berjalannya program ni liz dapat rasakan mereka sangat enjoy. Happening! Bukan senang nak organize sebuah majlis. Terkurang terlebih adalah perkara biasa.  Yang penting sekali ialah kerjasama. Kalau tak da kerjasama antara sesama mereka pasti program ni tak dapat berlangsung. Bayangkan mereka ni kerja dalam retail. Kadang-kadang masa kerja mereka adalah dari jam 9 pagi - 10 malam. Jadual masing-masing ber-shift.  Penat kerja satu hal kan.

Terima kasih buat Kak Aini (HR) TF Jerantut tempahkan kami hotel. Dan sediakan meja buat kami. Wink-wink. Liz jarang jadi VIP sebenarnya. Banyak lagi nak cerita tapi dek sibuk sangat jadi ingatan pun banyak juga dah luput. Haish.  Jom tengok video pembukaan dari staff-staff TF Jerantut. Mulanya nak tunjuk video pebukaan tu tapi berat sangat tak dapat load. Sorry. Tapi takpe-takpe liz gantikan sikit 1 video diorang cat walk. Lawak tau!  Ada banyak lagi peserta yang cat walk tapi ini je sempat rakam.  Sporting juga mereka ni. Bila la masa diorang ni pi practice agaknya. 

Annual Dinner ni ada macam-macam jenis dan cara. Tak semestinya perlu berprotokol sangat. Jadi terpulang kepada kata sepakat ahli nak buat simple-simple ke nak buat havoc-havoc ke kan? Hak masing-masing. Annual Dinner branch Kuala Lipis will be on 14 Octocber 2014. 
First Anniversary okay. Semoga semuanya baik-baik saja.

Selamat menonton.



2 comments:

Unknown said...

wahh bergaya sunggoh...anyway selalu g TF jerantut,,,brg murah2..suke shopping sane kalau balik kg mertua :)

Liyliz said...

Alhamdullilah kak jimat bnyk kalau shopping dkt tf ni. =)