Thursday, May 31, 2012

BENGKEL PENAMPILAN DIRI,MAKE UP & HIJAB STYLE




  • Salam semua. Hari ni liz dapat 1 invitation daripada sis Eja Shahril. Ni invitation nya :
    • ‎>> salam cantik..sis eja here,nak jemput adik n kawan2 sertai BENGKEL PENAMPILAN DIRI,MAKE UP & HIJAB STYLE sis pada 9 june ni di raub pahang..ada casting modeling sama,klu berminat nak ceburi modeling muslimah,pm sis segera,seat terhad..0194445363

      BENGKEL PENAMPILAN DIRI,MAKE UP & HIJAB STYLE

    pusat perniagaan indrapura, RAUB ( HADAPAN BALAI POLIS)











      • Saturday, June 9, 2012 
      • 9:30am until 2:30pm



  • terbuka kepada semua wanita berusia 18tahun keatas..

    >> sertai event grooming dan penampilan diri kami ,perbagai ilmu berguna pasti anda dpt..antara pengisian bengkel :

    1. anda akan didedahkan tentang penampilan anda sekarang. warna kulit,bentuk badan,cara pemakaian..adakah sesuai dgn usia dan diri anda?

    2. kami akan consult anda face to face, bagaimana untuk menjadi terbaik dan berkeyakinan.

    3. Pengenalan dan tutorial make up, make over time, kami akan ajar anda sampai pandai cara nak aplikasi make up dan barang2 terbaik yg ada di pasaran yang sesuai utk anda.

    4. kami akan ajar anda,sampai pandai cara nak pakai shawl dan tudung2 yang menarik tapi x pelik...sesuai dipakai utk ke ofic,majlis2 formal dan sebagainye.

    5.dan byk lagi lah,anda boleh bertanye or mendapatkan nasihat dan pandangan tentang bagaimana untuk cantik.


    yuran penyertaan : rm150 include (MAKAN,MAKE UP TOOLS disediakan, TEMPAT EVENT YG SELESA, SIJIL PENYERTAAN, DAN DOORGIFT MENARIK DARI KAMI)

    sekiranye berminat :

    inbox nama penuh DAN no phone anda ke fb eja shahril or msg 0194445363,
    DEPOSIT RM50 ke dlm account untuk mengesahkan seat anda : 
    >> 156114239402 shah rizul irza binti zulkiply (Maybank) 
    PENTING :: penolakan diri seminggu sebelum event akan membuatkan deposit anda HANGUS.harap maklum.

    sebarang pertanyaan boleh inbox eja/or msg 0194445363




  • So u all semua si cantik manis, apa kata penuhi masa terluang anda semua ke bengkel ni. Nge~~ Jangan segan-segan tau sebab masa ni lah kita nak bina keyakinan diri kita tau .. Korang boleh add liz dekat FB dan PM liz atau korang pun boleh terus add sis Eja Shahril atau mesej je sis Eja ni. Dia ni friendly giler, no worry lah ok. 





Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday






Mula-mula suka yang ni ..




Tiba-tiba nampak ni .. suka yang ni .. cute nyer .. liz TAMAK!!



ear-muffs_katmari_earmuffs

Kalau yang ni .. Giler!!



ear-muffs_Cosplay_Ear_Muffs_by_kickass_peanut

Ni untuk kura-kura terbang .. Wahhh .. Jeluz .. 

"Segmen Eza: JALINAN KASIH SEBLOGGER"








Objektif segmen Eza
Eza nak follow blog korang. Mana tau Eza terlepas pandang ke, tak blogwalking selalu ke, Eza terlupa nak follow blog korang ke.. So, dengan segmen ini Eza nak lebih rapat dengan blogger-blogger yang selalu singgah sini, baru kenal blog Eza ke.. Hihi. Kira nak rapatkan ukhuwah la ni. InsyaAllah. Lagi satu, mengenai bloglist. Dulu Eza ada buat entry tentang : Kepentingan Bloglist untuk Bloggers. Banyak manfaatnya bloglist ni. Biar kita tak kenal realiti, tapi kita tetap sahabat. :D

Jom join .. korang klick link ni tau
http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/
liz dah join .. blogger eza ni frenly, dia tegur liz tadi .. nge~~ happy .. 

Tuesday, May 29, 2012

Cameron Higlands

Salam semua. Yey .. bercuti juga liz ke Cameron Higlands. Liz bertolak jam 3 pada hari Jumaat minggu lepas dan pulang pada hari Ahad. Jadinya percutian selama 3 hari 2 malam. Banyak nya nak upload gambar dekat sana, giler excited. Tapi! Balik je rumah Broadband ni tak boleh guna, aishh nak nangis sambil hentak-hentak kaki je.



Pukul 3:00 jadi 3:30!! Masamnya muka. Nge~~~ Sepupu datang ambil siap depan pintu pun nak berposing. *Mood happy.




Yey dah sampai apartment di Crown Emperial Court.


Masa sampai Cameron ni dalam jam 8:00 gitu lah, kiranya perjalanan cuma 4jam lebih macam tu sahaja. Waktu ni muka dah penat giler-giler dan tak sabar nak mandi lah nak cuci muka bagai. Tup-tup tahu tak apa jadi? Masuk ja toilet, baru cuci muka, nge~~~ sejuk nya. Walaupun ada air panas. Liz tak sanggup nak mandi. 




First tempat jejak ialah : Tea Boh Plantation 







Scorn (RM7.50) each.. Harus makan kalau pergi dekat sana .. Anyway tart strawberry pun sedap (RM3.50) each




Ladang Teh



Mardi








jus ni perlu minum 


Jangan lupa makan ni kalau pergi Strawberry Farm (RM5-RM8)




Lastly jangan lupa tau bawa glove dan stocking, jangan jadi macam liz. Kononnya tahan sejuk, akibatnya malam-malam tidur tak lena. Sejuk sana sini, tebal mana pun selimut tak da makna kalau tak da 2 benda alah tu. Nge~~ malas dah nak letak gambar banyak-banyak. Ni semua maxis nya pasal. Merencatkan mood excited hilang untuk update dah. Tata ~ ~ ~



Friday, May 25, 2012

Tutorial Fibox Yang Lebih Mudah

Salam semua, hi hi semua juga. Hari ni sempat juga nak update sikit walaupun beberapa jam lagi nak gerak ke Cameron Higlands. Liz nak buat tutorial  yang senang giler-giler. Fibox yang cool giler. Fibox adalah satu lagi nama baru untuk shoutbox yang memasuki ruang maya ini. 





Fibox kini dalam fasa beta dimana lebih banyak penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak yang terbabit. Lihat pada paparan yang mesra pengguna dan penggunaannya yang mudah, liz tak ambil masa yang lama untuk terus daftar. Korang boleh tengok contoh shotbox Fibox ini yang liz letakkan di blog ohbest.

Sambil-sambil daftar, liz ambil kesempatan untuk letakkan sekali tutorial untuk daftar Fibox seperti di bawah.

1. Buka www.fibox.ws, kemudian klik pada Sign Up 




2. Masukkan email address dan password. Tick pada term of service kemudian klik continue



3. Notification mengatakan activation email dihantar kepada emial yang anda daftar.



4. Buka email dan klik pada link yang diberi.



5. Pengesahan bahawa akaun anda telah diaktifkan.



6. Login akaun anda, dan untuk kali pertama anda login anda akan diminta untuk create nama untuk shoutbox anda.



7. Daripada dashboard, anda boleh tetapkan setting yang anda kehendaki




8. Copy code yang diberi dan paste ke dalam ruangan HTML/javascript blog anda.
(tidak faham.?)

9. Save dan lihat hasilnya.:)



Tambahan:
Selepas pendaftaran, anda juga boleh login menggunakan akaun facebook anda.





Wednesday, May 23, 2012

Klinik Haiwan


Assalamualaikum. Hari ni keluar date, pergi jumpa doktor haiwan yang hensem. Nge~~ tipu tipu tipu. Doktor tu dah tua baya pakcik-pakcik ok. Tapi seronok sebab pakcik tu peramah. Dapat belajar macam-macam input tadi walaupun dalam setengah jam je.




Hup, pintu rumah semua dah tutup ok cun siap. Tahu tak macam mana liz bawa Cream ni pergi klinik tadi, naik motor tau. Dah motor je ada kan, so letak dalam bakul dan letak dekat raga depan tu. Bagus betul, dia duduk diam, jadi mudah lah nak membawanya.




Ni Cream waktu dia sihat, siang tidur dan malam jadi jaga keliling rumah.



Ni masa masuk tadi ada patient kihkih ngekek rasa. Tak sempat nak berkenalan nama apa, tapi ni kucing bertina dan dia dibawa kesini sebab di suntik tak mau bagi pragnant. Ngee ~~~~ Doktor kata, kena kurung selama seminggu lepas tu baru boleh lepas kan dia. Tapi doktor tu sempat pesan, kalau terpragnant juga tu kiranya rezeki la untuk dia jadi IBU. Hihi. 



Tunggu la dengan tenang.


Time ni sasau nak lari.

Time suntik. Cream terima 2 suntikan kiri dan kanan, kesian betul balik je dia jalan kaki lembik. Takda kesian sangat padahal tak tahan nak gelak tengok dia. Doktor kata dia disahkan kena kecacingan. Tu lah akibat nya kalau kuat sangat makan ikan mentah. Kalau tak bagi kemain bising bunyi dalam rumah. Dalam badan dah tada air akibat kurang selera makan. Asal makan ja muntah, sebabnya cacing tu yang menyebabkan dia muntah bila makan. So dapat lah vitamin yang berbentuk pil juga, doktor kata kalau kucing cerdik, dia buat-buat telan tapi sebenarnya simpan dalam anak tengkak. Dan kitorang semua jenguh nunggu dia telan ubat, lebih dari 4 kali check dalam mulut dia. Walaupun dah di sumbat air pun pil tu still lagi tak di telannya. 

Harap-harap sihat dia. Makan pun da selera tadi. Berat 3kg je, ringan betul. 





Tuesday, May 22, 2012

Again!



Kadang-kadang orang yang kita baru rasa nak suka jadi terbantut.
Dan terus jadi tak suka dan hati yang sedang nak berbunga terus layu tup-tup dah kering kontang.
Tolong la .. bila la mr right aku nak muncul ni. 
Erghh benda yang sama aku tak suka pun tak boleh detect.
Sengal ubi kayu betul.
Nge~~ so berbalik dan ingat pesan ibu dan kawan-kawan.

Ha'a betul kata kawan aku yang seorang tu.
Lelaki ni kadang-kadang memang bangang bengong bongok.
Habislah followers laki PM liz kat FB kang. 
Korang pergi terasa asal.

Dah tak mo fikir.
Prepare untuk percutian pada Khamis ni. 
Yey, pergi bercuti ke Cameron Higlands.
Stawberry, coklat, vege, flowers, butterflies, birds + +



Pulau Di Sabah

Assalamualaikum. Pagi ni nak post pasal pulau dekat Sabah. Kenapa Sabah? Sebab bila tanya pakcik Google, pakcik tu kata Sabah ialah negeri yang paling banyak pulau. Dan kenapa pulau yang liz cari? Sebab liz suka pantai, suka main air, suka angin dan suka ombak. Liz jumpa 13 pulau yang ada dekat Sabah. Jom tengok, nanti kalau bercuti dekat Sabah senang korang dah tahu. 

Pulau Pertama


Pulau Kapalai adalah sebuah pulau yang tersembunyi di antara Sipadan dan Mabul. Ia sebenarnya adalah bar pasir yang duduk di atas hamparan terumbu, yang dipanggil 'Ligitan Terumbu'. Terdapat resort dan sebuah perkampungan air yang dibina di atas tiang di sini, di mana anda boleh melihat hidupan laut yang berenang dalam terumbu bawah. Korang boleh lawat website ni kalau nak tahu lagi pasal tempat ni.

Pulau Kedua


Pulau Layang-Layang sebenarnya buatan manusia. Ia adalah sebuah atol yang terletak 300 km North West Kota Kinabalu. Mereka yang pengasingan keinginan mutlak akan memuja tempat ini, kerana ia terletak jauh dari tamadun dengan pemandangan indah laut sekitar. Terumbu asli di kawasan tersebut adalah rumah jerung, ikan pari dan ikan karang. Kadang-kadang, anda dapat melihat ikan lumba-lumba dan ikan paus di kawasan tersebut!

Pulau Ketiga


Mantanani merupakan negara kepulauan tiga tenang pulau Barat Utara Kota Belud, kalau memandu satu jam dari Kota Kinabalu. Apa yang menarik orang ramai ke pulau ini adalah untuk menyelam. Malah, terdapat sekurang-kurangnya tiga kapal karam kapal untuk meneroka sekitar pulau yang ada pelbagai makhluk laut seperti kuda laut, udang, gobies, kurita, belut dan ikan singa. Pada masa ini, terdapat kira-kira 16 tapak menyelam yang dikenal pasti di seluruh pulau ini. Gilerla banyak kan.

Pulau Keempat



Mataking Pulau ini terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Pulau Sipadan. Terdapat kira-kira 30 tapak menyelam, yang paling terkenal ialah Magic Rick, Mentadak Reef dan Wall Alice. Pertemuan dengan ikan besar seperti barakuda, jerung paus ikan pari, tuna dan kerap berlaku bersama-sama dengan pemerhatian penyu, ikan karang dan kerang gergasi.

Pulau Kelima



Pulau Sapi, yang dikenali sebagai "Pulau Lembu" dalam bahasa Melayu adalah tidak jauh dari hujung selatan-barat Pulau Gaya. 25 ekar (10 ha) pulau mempunyai satu pantai yang paling baik di taman dan yang paling popular dengan pelancong untuk aktiviti snorkeling dan menyelam skuba. Antara 10 pagi dan 4 petang, pulau ini menjadi agak sibuk dengan pelancong asing, tetapi selepas feri terakhir meninggalkan ia menjadi sebuah pulau yang tenang dengan hanya mereka yang overnight. Ada kemudahan untuk pelancong termasuk jeti, tempat perlindungan berkelah, barbeku, meja, bilik persalinan dan tandas. Tapi hutan ni banyak monyet. Perkhemahan dan unggun api dibenarkan dengan kebenaran daripada Warden Park.

Tunggu sambungan untuk pulau-pulau yang lain ..

Monday, May 21, 2012

Tak Semua Orang Perlu Tahu


Assalamualaikum. Malam ni macam biasa selepas penat buat bisness on9 tu, liz pun mesti chit chat dekat FB. So liz nk cerita sikit hal kawan dekat FB, liz tak pernah pun jumpa tapi tiba-tiba sejak dia tegur, kami jadi kawan. Dengan dia pun memang ko aku je lah.

So kadang-kadang bila dah bosan tu, kitorang suka la cerita macam-macam dari hal belajar, hal makan macam-macam lah. Dan dia dah ada girlfriend ok! So kadang-kadang bila liz bosan , saja-saja lah tanya hal girlfriend dia. Tapi mak ai, giler lah semua benda rahsia.

Just compare ehh between lelaki yang suka cerita hal GF dia A-Z daripada 0-0. Contoh lah korang rasa macam mana? Kalau liz kan, suka nya dapat BF macam tu. Sebab dia simpan rahsia kita, tentang kita hanya untuk dia. Dan tiada siapa yang layak tahu.

Tapi pada liz ok je mana-mana pun. Yang penting hati kena kasi baik dulu ma. Dan sayangkan kita tu kerana Allah. Insyallah hati ini masih belum lagi terbuka untuk siapa-siapa pun.  Ingat pesan ibu, belajar sampai habis Diploma.


17 Tahun Bercinta


Adehh dasyat betul atuk dan nenek ni. Pasangan ni bercinta selama 17 tahun baru lah mereka ni berkahwin. Bagus kan, setia betul mereka ni. Kalau korang boleh ke bercinta lama-lama?

Sunday, May 20, 2012

NO idea just 1 feeling



 .. i feel sad ..

I'm grateful for missing people. Which is weird...cause normally it's a bad thing. But I've decided that when you miss a person, it brings you closer to that person cause you're always thinking about them. I'm also grateful for this cause there are so many different ways to miss a person. Sometimes you miss people who you see everyday. Sometimes you miss people you haven't seen in months. Sometimes you miss the way you used to know a person. Or you miss the way a person holds you and cares for you. Sometimes it's a combination of some of those, and sometimes it's none of them all, it's just more like a pit that you can't fix. However it is that you miss a person, I'm grateful for it, cause it makes you stronger as a person, and helps you realize all the blessings you've had because of that hole in your heart. I'm grateful for missing people. 




Sedih lorr .. Nangis .. Cuci mata tengok dia then air mata cuci mata ..





Friday, May 18, 2012

Teringat Kisah Dulu




Ini gambar contoh

Assalamualaikum. Cerita ni ada relate sikit dengan love story liz. Hihi. Suka lah tu nak menyibuk hal orang kan. Korang-korang yang nak tahu takpa, tapi kalau ada yang suka stalk tapi bajet buat-buat tahu A-Z punya cerita itu memang tak sedar diri.

"LELAKI yang tidak pernah MENJATUHKAN LUTUTNYA untuk SOLAT, tidak berhak menjatuhkan lututnya untuk MENYARUNG CINCIN ke jari manis seorang WANITA"



Kenyataan di atas ni liz dapat dari islam.com. Dalam kenyataan ni maksudnya seolah-olah macam boleh nak menjatuhkan lututnya untuk wanita sekirannya pernah menjatuhkan lutunya untuk SOLAT. Betul tak? Ke macam mana? Liz pun agak konfius juga ni .


Tapi dari kenyataan ni tiba-tiba teringat 1 kisah bila someone yang pernah buat salah dekat liz. 

Dia tanya " Ko nak aku sampai berlutut ke dekat ko baru ko nak maafkan aku?" 

Liz jawab " Kalau ko sanggup nak buat, boleh."

Dia jawab "Kalau lah manusia ni boleh sujud pada manusia, dah lama aku buat dekat ko." 

Masa tu liz diam tak tahu nak kata apa. Tapi apa yang dia kata memang betul. Itu yang pasti, manusia tak harus sujud atau tunduk melainkan hanya pada penciptaNya. Banyak lagi cara lain kan. 

Tertanya-tanya siapa orang tu? Dia ialah someone yang mengajar liz apa itu cinta. Wa eceh ceh. 

Anda anak yang ke-berapa? Jenis unsur air, api, tanah atau angin?



So apa kata korang check korang ni unsur apa. Before ni ingatkan liz ni unsur api rupa-rupanya unsur tanah.

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan (ini liz)
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah


Wednesday, May 16, 2012

Kahwin Masa Belajar! Tips nya di sini ..


 
Assalamualaikum semua. Huh, ni pun first time ni nak cakap soal kahwin. Liz nak kahwin! Ohh bukan ok, jangan cuak sangat lah korang ada peluang lagi nak tackle liz. Perasan. Sebenarnya kisah dia macam ni, kalau korang perasan sekarang ni phenomena pelajar kahwin muda kan, terutama bloggers ni. Bukan nak cerita pasal Dena Bahrin, bukan juga nak cerita pasal Irine. Dorang dah famous, tak payah cerita pun korang mesti tahu apa yang sedang berlaku pada diorang kan.  Tapi kalau lelaki kat sana tu tengok bajet ni BOohh nak pensan agaknya. 

Tapi ni liz nak cerita tentang 1 artikel yang sangat-sangat menarik. Thanks dekat blogger yang bernama eykameow sebab share ni dan dia pun antara blogger yang kahwin awal. Korang dah rasa nak kahwin tak? Kalau dah rasa macam bersedia nak kahwin so apa kata baca artikel ni. Percayalah korang akan termenung sekejap macam liz tadi selepas korang baca ni. 

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************


Kalau si hensem-hensem dan si cantik-cantik kat luar tu rasa nak kahwin fikirkan lah perkara ni. Insyallah bahagia macam mereka ni. Tapi kalau liz, liz belum rasa nak kahwin walaupun nampak alam perkahwinan tu indah je tapi rasanya kalau belum matang macam liz ni badai tsunami semua berlaku nanti. Betul! I know myself better than u alls!