Tuesday, May 8, 2012

Kawan itu Cermin Kepada Diri Kita


What is the differences between you and I or you and other people? Banyak sangat perbezaannya samada kita memiliki harta dan kekayaan dan ianya mampu menarik dan menghasut kita ke arah yang tidak baik sehingga boleh membuat kita melupakan diri kita sendiri. Besar kemungkinan juga sampai mampu meramaikan musuh.  Bak kata orang tua-tua, "dengan banyaknya ilmu maka kita akan banyaklah kawab sebab kita pandai. Dengan banyaknya harta maka makin ramailah musuh sebab ada yang hasat dengki."

Ramai yang tak boleh hidup tanpa sahabat tapi ada juga yang suka tak da sahabat. Suka sorang-sorang! Tapi akan lebih berasa selamat dan rasa selesa sekirannya kita ada sahabat yang benar-benar ikhlas berkawan dengan kita walaupun tak semua yang berkawan dengan kita itu baik tapi separuh daripadanya pasti yang baik-baik dan sudi menolong kita ketika susah atau senang.



Memiliki sebuah cinta juga sesuatu yang bahaya kerana kita akan melibatkan perasaan orang lain serta harapan besar. Sekiranya tersilap langkah bermain cinta dengan seseorang boleh juga memakan diri. Cinta yang pada asalnya elok juga boleh berubah kepada permusuhan yang tidak berkesudahan. Wahh macam pengalaman je.

Sahabat di sekeliling kita ni ibarat cermin yang memantulkan dan memberitahu kita mengenai perihal yang kita kadang-kadang tak sedar.  Jadi semakin ramai kita ada kawan, semakin ramailah lain boleh membetulkan hidup kita. Melalui kawan juga kita boleh tahu identiti kita sendiri yang mana orang suka dan yang mana orang tak suka kita kan. Liz suka sangat nak merajuk-rajuk, aih sekarang ni tidak sangat dah. Kadang-kadang mereka ni bergurau ada yang kasar ada yang lembut. Apa yang perlu kita buat ialah anggap semuanya itu positive. Ye betul memang susah nak jadi manusia yang betul-betul baik tapi sekurangnya kita cuba dan jangan pernah putus asa. Sebab kadang-kala juga, impak dari kebencian seorang sahabat juga boleh memberi kesan positive pada diri kita. Tak percaya? Cuba lah hidup tanpa sahabat . . .  

No comments: