Anggun ke? Huhu ok sebenarnya ni tajuk buku yang liz pernah baca. Liz seronok sangat baca buku ni, penulisan yang sangat mudah untuk difahami dan sesuai sangat untuk remaja muslimah. Banyak sangat liz nak kongsi mengenai isi kandungan dalam buku ni jadi sebelum liz nak cerita banyak liz nak kenalkan dulu nama penulis buku ni iaitu ASMA NADIA. Tak adil kan kalau ada sesetengah pihak tu copy paste atas penat buah fikiran individu lain dengan mengaku hak milik sendiri. Haish.
Dalam banyak-banyak bab liz tertarik dengan 1 cerita ni. Jadi liz nak kongsi cerita tu di sini. “Muslimah Mulut Lepas”. Biasa tak dengar perkara macam ni? Jadi apa kata sekali sekala kita dengar perkataan apa yang selalu keluar dari mulut kita.
1. Adakah kita berfikir sebelum kita berkata-kata?
2. Adakah mulut kita lebih pantas daripada akal?
3. Adakah kita muslimah yang suka cakap lepas?
4. Berapa ramai hati yang berkecil hati dan tersinggung gara-gara mulut kita yang cabul?
Cuba baca kisah ini :
“Seorang rakan niaga diberi amanah untuk memimpin sebuah syarikat yang bergiat aktif dalam bidang media. Beliau seorang yang bertudung dan bergaya. Tetapi ada perkara yang kurang menyenangkan orang lain. Apabila beliau marah, dia mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar diucapkan muslimah. Kadang kala tertanya-tanya, “Adakah fungsi tudung itu semata-mata hanya menutup aurat? Bukankah ada perkara lain yang perlu diperhatikan juga iaitu mental dan rohaninya juga?”
Ini ialah petikan dalam buku yang liz baca ni, sedikit sebanyak membuka mata dan hati untu melihat keadaan sekeliling dan yang paling utama diri sendiri juga.
No comments:
Post a Comment