Wednesday, May 9, 2012

Cameron Higlands


Good Morning semua .. Pagi-pagi liz dah bangun tak sabar-sabar nak tengok cameron higlands dalam google map ni. Why? Sebab nak pergi bercuti lah 2 hari 1 malam dekat sana. Nanti duduk dekat apartment yang lawyer sponsor, weeee free for us. Thanks lah tu lawyer tu. Ingatkan dah tiada percutian memandangkan trip nak ke Pulau Langkawi terpaksa dibatalkan atas sebab berita yang dikeluarkan hari tu. Alah berita yang kata ada gegaran tu dekat sekitar kawasan pantai kat belah-belah sana tu. Jadi tak mahu ambil risiko tersebut, terpaksalah gigit jari! Ergh ergh *gedik liz


Liz tak pernah pergi Cameron, kesian kan? Padahal dekat dalam Pahang kut ye pun. Perkara pertama dalam kepala ni nak Strawbery lagi-lagi dengan coklat tu. Ya Allah suka ne makan benda alah tu, kalau ada dekat Festima Jengka tu memang liz beli banyak walaupun Strawbery nya tu kecil tapi rasa fresh nya tu ada lagi lah sebab makcik Jengka tu kata memang ambil by bus cuma jadi kecil agaknya disebabkan perubahan cuaca hihi. Ye ke? Ke liz kena tipu dengan makcik tu!












Tak sabar nak melawat taman rama-rama, ladang lebah dan strawberi serta ladang teh yang terhampar luas dan lagi-lagi menikmati makanan lazat yang dihidangkan di restoran-restoran kat sana. Giler tak suka makan, walaupun badan ni kecil comel tapi makan tetap makan lagi-lagi liz suka cuba makanan tak kira lah dari pada mana pun asalkan halal. Dan lagi-lagi sebab dah buka BRACES ni. Hihi dah tak perlu nak cover-cover bila time makan.


Tengah-tengah update ni lapar lah pula, tengok Strawbery jom!   Wait yea lili mai cameron nanti.









No comments: