Monday, May 14, 2012

Makan Ulam Bahaya!


Bila waktu cuti semestar ni bila mesej je mereka akan tanya :
“Liz buat apa tu?”
“Uit watpe tu?”
“Ngah watpe?”

Jawapan liz :
“Tengah stalk blog orang”
“Tengah cari resepi”
“Tengah baca buku”
“Tengah nak masak”
“Tengah on9”
“Tengah main game”
“Tengah nak buat kuih”

Ada nampak TENGAH NAK KEMAS RUMAH TAK? Tiada kan .. Sebab tak reti kemas rumah! Siapa la yang membangkitkan persoalan “Dah kemas rumah ke tidak?” uitt rasa nak menipunya time tu juga kata “Dah.”

Celik je mata membaca .. Tak kisah lah baca sumber dari mana pun asalkan menarik. Korang nak liz share kan apa liz baca, senang letak dekat blog. Tak larat nak rep mesej setiap seorang yang tanya liz baca apa. Cerita pasal ulam jom! Ramai yang kata kalau makan ulam ni awek muda kan. Sebenarnya ulam ni berbahaya! Hah asal terkejut ke?

gambar pinjam dekat cik google

Macam ni cerita dia, ada sumber yang kata tak boleh makan ulam ni sebab merbahaya kan kesihatan tapi sebenarnya para pengamal perubatan kata ulam ni bahaya kepada pesakit buah pinggang atau ginjal sahaja. Kenapa? Sebabnya kandungan kalium yang tinggi dalam ulam boleh memudaratkan jantung kerana ginjal gagal menyahkan lebihan kalium. Bagi yang sihat-sihat macam liz ni (Insyallah mudah-mudahan) bagus makan sebab boleh cegah penyakit seperti kanser.

No comments: