Friday, March 27, 2015

Food Give Me Happiness


Food Give Me Happiness |  Assalamualaikum ~~ Ya Rabbi tuan-tuan dan puan-puan semua.  Dalam sebulan agaknya berapa kali mood perempuan ni berubah-ubah ye?  Sabar je lah wahai teman lelaki mengharungi kepelikkan aku di setiap bulan dengan mood yang pelbagai musim. 

Semalam gigih ambil kunci kereta keluar pergi Secret Resepi semata nak makan Fruitilicious Cake ye ye je confident menyebut nama kek ni.  Yang pasti kek vanila ada banyak buah-buahan.  Liyliz dan buah-buahan berpisah tiada.  Hah macam gituh ~~ Sehari tak dapat makan buah kalau dapat minum air buah pun okey dah.  Kalau tidak tak senang hati nak tidur.  





Sedap-sedap ~~ Ada banyak buah-buahan. Ada kiwi ada peach ada anggur ada strawberry ada apakah lagi pun tak reti dah nak kenal pasti.  Puas sangat hati dan jiwa raga bila dapat makan kek ni.  Sambil makan dapat buang rasa tekanan jiwa sebab apa tau, sambil korang makan tu kan korang akan mengunyah pelbagai rasa yang sedap-sedap belaka.  




Can ~~ Can ~~ Can ~~~


Sedap !!! Love you cake.  
Hi peeps. Once you get stress tiba-tiba kan you should treat yourself with the thing you love most.  
Aku suka makan. Oh maybe semalam la suka makan. Next time stress lagi tak tahu suka apa pulak. 




Wednesday, March 25, 2015

My Dinner


My Dinner | Assalamualaikum ~~




Malam tadi buka fridge ambil kacang panggang dalam tin. Tuang dalam kuali panaskan.  Lepas tu campak timun jepun dengan mini tomato ni.  Serius malas gilerrr ~~ aku kalau lapar dah lewat malam ni memang SAY NO to nasi lah.


Done ~~ Seperti biasa selepas makan mesti la minum Lemon Water.

Monday, March 23, 2015

Make Up Base Tutup Parut Jerawat


Make Up Base Tutup Parut Jerawat | Assalamualaikum ladies ~~ Because Im not so happy to have scars around my cheeks so i did a very simple tutorial to you guys.  Hah korang pun tak suka ada parut ye?  Moment-moment muka naik jerawat dah sampai ke penghujung tetapi peninggalan parut masih jelas terpancar.  Rileks jangan stress-stress ~~ Nak buat laser treatment tak mampu?  Okay I share you all a few make up base products that i use on how to cover up my acne scars.



1. Ko's Sun Block
2. Mac Studio Concealer NC30
3. Mary Kay Liquid Timewise Foundation
4. Ronasutra Mineral Powder 

Buat masa ni aku pakai product di atas untuk make up base aku.  Kalau korang nak tanya berkaitan tips-tips solekan aku minta-maaf awal-awal ye. Sebab aku bukan pandai bab-bab make up. Cuma aku nak bagitahu korang yang make up di atas ni tidak menutup liang pori kulit aku. Dan paling best kalau pakai JERAWAT tak naik.  Hah ni nak pesan ni kat korang semua kalau ada jerawat tak salah korang nak pakai make up tapi pastikan make up yang korang pakai tu tak buat jerawat korang makin parah.  Setakat ni product yang aku pakai dekat atas ni maintain kan kesihatan kulit aku.  Means jerawat tak naik. Motif pakai semua di atas is to cover up acne scars.

Okay pagi tadi ada yang email dari seseorang yang ada masalah acne kata "Im so jealous tengok your skin dah flawless giler" Hehe perli i ke apa you ni.  Hakikat sebenar tak flawless adik-adik kakak-kakak semua ye. Tu semua trick make up.  Yang penting sekali free from acne dulu.  Lagi 1 kan aku harap sangat korang rajin-rajin la baca dekat entry Dr.Ko / Acne Journey aku tu.  Bosan juga aku nak menjawab yang bertanya soalan yang sama.  Berapa kos sewaktu pertama kali pergi Dr.Ko dan anbil product apa? Aku dah tulis panjang lebar dekat dalam entry tu pun lagi mau tanya ke? Apakata korang baca slow-slow dekat sana ye.




Belum siap lagi tu.  Lepas dah dap-dap dekat area yang bermasalah.  Korang blend dengan brush supaya sapuan lebih rata.  Kemudian baru lah korang pakai foundation diikuti dengan powder.  Macam aku pakai Mary Kay Liquid Foundation tu kemudian topup dengan Ronasutra Mineral Powder.  



Untuk elakkan nampak macam putih sangat muka aku guna Simply Siti punya blusher.  Aku sapu warna coklat dan letak sikit-sikit je pink. Suka sangat make up natural macam ni.  Concealer tadi tu memang bagus untuk tutup sebarang parut jerawat yang ada tetapi kalau parut jerawat yang ada lubang tu susah sikit nak tutup.  Kalau korang cuma ada dark spot di sekitar muka tempek je Mac Studio Concealer tu.  Terbaik punyalah.  

Semoga entry ini membantu.

Thursday, March 19, 2015

Percutian Paling Mahal


Percutian Paling Mahal | Assalamualaikum ~~ Selalu tak korang rancang percutian korang? Selalunya percutian macam mana yang korang suka? Okay macam aku pula aku suka merancang percutian yang menjimatkan budget.

Sedang-sedang membelek lokasi percutian aku terbaca 1 tempat yang menawarkan lokasi percutian paling MAHAL.  Lokasi percutian paling mahal yang aku maksudkan tu ialah di Negara Bhutan munkgin terpencil dan ramai yang tak pernah dengar termasuklah aku!  Tapi percutian tersebut adalah percutian yang termahal di DUNIA.  Negara ni berada di pergunungan Himalaya dan pergunungan puncaknya sentiasa diliputi salji.  Pelancong asing yang datang ke sini perlu membuat tempahan awal melalui operator pelancongan dan kadar harga minimun yang diletakkan oleh mereka ialah setinggi RM7500 sehari dan pakej untuk menikmati keindahan semula jadi di situ adalah  sekitar RM15000 semalaman. 


Memang tak mampu la aku nak bercuti dekat sini uitt!

Lokasi Bowling Di Jengka



Lokasi Bowling Di Jengka | Assalamualaikum semua ~~ Simple entry untuk hari ni. Aku cuma nak share lokasi Bowling Di Jengka.  Aku rasa mungkin ramai lagi ex student UiTM macam aku ni tak tahu apa perkembangan yang terbaru di Jengka.  

Paling best sekali ada 1 pusat hiburan lepaskan tesioonnn. Baling bowling sekuat hati.  Okay lokasi nya sangat-sangatlah mudah kerana ianya berada di dalam bangunan Terminal Bas Jengka tingkat atas sekali.  Memang paling atas ~~ btw terminal bas tu ada 1 tingkat je. Korang naik je tangga ke atas confirm jumpa.  Dan dekat kawasan atas tu ada food court juga.  Senang lepas main makan. Lepas makan pergi main.  Dan ramai lah pula student lepak dekat food court tu STUDY gayanya.  Pedoohhh je tu study ... padahal detim ~~~ Dengan suasana bising macam gitu boleh ke study? Okay mungkin discussion kut. Hehe aku pun pernah buat waktu belajar dulu. 




Ini lah terminal tersebut.  Kali pertama tengok terminal ni mulut melopong mengagumi Jengka ku telah berubah. Tetiba buat hashtag #UiTMdihatiku 






Cuba tengok promotion rate tu. 
Isnin - Jumaat  3 games cuma RM10.00 murah gilerrrr.
Yang selebihnya korang baca sendiri lah dekat rajah di atas okay. 












Jadi buat mereka yang berdekatan dengan kawasan Jengka boleh bawa family untuk aktitivi hujung minggu bersama. ~~~ Terima kasih singgah blog

Tuesday, March 17, 2015

Hujung Minggu Bersama Blogger Pahang



Hujung Minggu Bersama Blogger Pahang | Assalamualaikum ~~ Niat selama setahun untuk berjumpa Full Time Blogger Zaza Iman telah pun terlaksana. Rasanya mesti ramai yang kenal Zaza Iman sebab beliau pun pernah keluar beberapa kali di Majalah dan juga Utusan Malaysia. Wah gituu kelas kau jah ~~ 

Ini ialah kali pertama aku berjumpa dengan blogger yang asal Pahang dan duduk di Pahang. Ada tak lagi mana-mana blogger yang nak buat gathering dengan kami meh PM no phone cepat.  Boleh buat aktiviti sama-sama manalah tau ada yang aku tak kenal. Meh lah munculkan diri.

Aku drive dari Kuala Lipis lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Jengka. Wah teruja sekejap dengan perubahan di bandar Jengka. Sebab sebelum ni aku student UiTM Jengka budak kos OM. Kos bajet Hot ~~ Hos bajet pergi kelas semua pakai high heels tapi nya memang tidaklah aku nak buat semua tu uit. Pakai kasut crocs je pergi kelas. Langkah besar sikit cepat sampai kelas. 

Sesat beberapa kali juga la nak masuk simpang ke Jengka 18 ni sebab ada 2 simpang yang mengelirukan.  Stress pula kredit takde. Mujur ada MAYBANK2U hehe ~~~ Okay bila berjumpa tuan-nya punya rumah rasa nak berlari-lari dapatkan beliau. #akusukadrama-drama sikit  Lepas tu minta izin famili beliau dulu. Hah aku nak bawa keluar anak dara orang pun kena minta izin tau inikan pula korang yang nak try ngurat-ngurat tu.  Ada brani ke pergi minta izin dekat Mak Pak si Zaza Iman ni?  Beruntungla siapa dapat beliau jadikan isteri ~~ Haish macam susah nak percaya je #familigirl okay.  


First Selfie
Alhamdullilah walaupun pertama kali jumpa kami dapat menyesuaikan diri sangat-sangat.  Seronok ada bawa kakak berjalan bersama keluarga.  Sebab ittteww takda kakak.


Seronok sangatlah kalau ada orang manja-kan aku macam ni hah. Usap-usap kepala kan.  Rasa nak bawak balik rumah je kak Zaza Iman ni.




Bowling Time ~~ Yes Jengka dah ada bowling. Dah maju Jengka sekarang.  Ada Marry Brown ada Pizza which benda ni semua takda masa aku belajar dekat sana dulu.


Tapi kakak ittew ni rendah laaa ~~~

 
Alaaaa nak hantar kakak balik dah. ~~ Semoga dapat berjumpa lagi. Nak angkut kak Zaza Iman ikut liz pergi bercutilah. Ada siapa-siapa nak join tak? Jom ~~~


Kan da cakap tadi. Kak Zaza Iman ni pernah keluar dalam Majalah. ~~~




Saturday, March 14, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih


 Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih | Assalamualaikum kawan-kawan yang tersinggah dekat blog aku ni.  Aku tah datang angin rajin apa tetiba terajin join Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih ni. Nampak tak ~~~ Nampak tak yang aku sedang usaha untuk memenangi hadiah tunai tersebut.  Mudahan bertuah untuk Giveaway kali ni.  Dahla mudah giler untuk jadi sangat rugi buat mereka yang tak ambil peluang ni.

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Friday, March 13, 2015

Release Stress Kerja Dengan Buat Kerja Part Time


Release Stress Kerja Dengan Kerja Part Time | Assalamualaikum ~~~ Sambil berkunyah-kunyah makan cheq mek molek sambil hupdate blog.  Rupa tak senonoh pun orang tak nampak. Aku sopan santun depan Boss je ~~~ Lalalalalalaa

Dalam minggu ni perasaan bosan dengan harian membuak-buak pula. Walaupun kerja setiap hari ada je bertambah buat benda yang berbeza. Tapi perasaan jemu buat PAPER WORK membuak-buak giler.  Kalau aku bawa kerja felt craft aku pergi office confirm nanti boss marah.  Semak samun warna-warni felt cloth dalam pejabat nanti.

Malam tadi aku gian sangat nak juga siapkan pending order yang dah seminggu lebih tertangguh.  Berjaya juga buat. Kepuasan kerja sambilan aku buat ni dapat membantu aku hilangkan kejemuan membuat paper work.

Jadi siaplah sudah felt pillow I Miss You ni.  Kalau korang nak jahit sendiri Felt Pillow ni korang boleh beli kain felt ni dekat DAISO. RM5 segulung tapi kena beli banyak warna lah baru meriah.  Dan benang / Glue / Kapas.  Upah menjahit dapatlah korang jimat tapi untuk kos-kos lain tu pun dah lebih kurang RM20 lebih tapi korng boleh buat banyak lah pillow.  Nak cuba jahit sendiri atau nak order dengan aku pun boleh. Wasap No 017-9804423 tau









Thursday, March 12, 2015

Hotel Menarik Di Shah Alam | De Art Hotel



Hotel Menarik Di Shah Alam | De Art Hotel .. 
Assalamualaikum. Meh aku kongsi sikit pasal Hotel yang aku check in minggu lepas bersama ahli keluarga yang lain.  Aku dapat tahu pasal Hotel ni pun melalui boss, dia suruh aku google dan bandingkan nak book hotel yang mana 1.  Aku keliru la dia ni dah macam setiausaha aku ke apa.  Dalam sibuk-sibuk dia kerja ada juga masa dia survey kan untuk aku. Siap buat perancangan waktu perjalanan untuk percutian aku lagi.

Aku dah survey siap-siap dekat Website De Art Hotel Shah Alam ni. Memang excited sangat sebab bilik-bilik yang ada dalam Hotel ni  ada macam-macam tema. De Art Hotel Shah Alam ni Hotel yang berkonsepkan Boutique Hotel.  Antara themes yang mereka sediakan ialah seperti Pharaoh's conquer / Secret Garden / Elvis Presly / Hello Kitty dan banyak lagi.

 Depan Hotel De Art


Receptionist yang sangat peramah & sporting!
(Yang lelaki kata dia ambil gambar tak suka pandang kamera)

Dan jom tengok antara bilik-bilik yang ada dekat Hotel De Art ni.  Selebihnya nanti kalau korang nak tengok boleh layari  www.hoteldeart.com.my








Banyak bilik yang menarik kan. Tinggal nak pilih je tema yang macam mana korang nak.



Ni ruang melepak. #Lobbyhotel


Buat jejaka dekat luar sana yang rasa nak meminang aku tu. Boleh lah belajar ambil hati mak aku ni. Hahaha.



Bangun pagi je boleh intai jejaka macho berjogging dekat tasik tu. 
Hehe intai dari bilik je huhu. 





Pada aku cukup luas bilik ni untuk 4 orang. #familyroom


Menu untuk pagi nya boleh pilih Set A sehingga Set yang ke berapa pun aku tak ingat.  Kat sini dorang tak buat buffet jadi kena pilih set menu yang korang inginkan.


 Mine!


Nenek pilih Tuna Sandwich.
Aku suka suasana tempat ni sebab ianya berkonsepkan ala-ala Bali. 



Okay lepas makan melepak sebelum check out. Tunggu bos datang sebab nak keluar lunch lagi dengan dia bersama family. :) 

Bawah ni ada video sikit yang sempat rakam masa lepak dekat Lobi Hotel.
 Boleh lah tengok. Dan semoga De Art Hotel menjadi pilihan hotel anda seterusnya untuk bercuti. Lagipun hotel ni dekat sangat dengan I City iaitu 2 minit je jarak perjalanan.  Kalau daripada KL City Center cuma 20 minit. Ada wifi tau di setiap bilik.



Hotel De Art

Hotline : 03 55180975 / 03 55180976   
Fax : 03 55111667
Email : contact@hoteldeart.com.my

Address : No.3 Jalan Kristal AS7 / AS
                Section 7
                40000 Shah Alam
                Selangor Malaysia

Website : www.hoteldeart.com.my
Facebook : www.facebook/hoteldeart

Tuesday, March 10, 2015

Candle Light Dinner Area KL at BORA OMBAK


Candle Light Dinner Area KL at BORA OMBAK | Assalamualaikum .. Hari ni aku kongsikan pasal Candle Light Dinner yang berlaku pada hari Sabtu lepas.  Well peeps ~~ ini ialah candle light dinner yang buat pertama kali dalam sejarah hidup aku dan juga dia.  Never thought at his age now dia cakap itu ialah candle light dinner dia yang pertama kali-nya.  Life busy dengan commitment dan tak pernah ada masa untuk lalui semua moment tu. #macam-susah-nak-percaya

Candle light dinner ni sempena Birthday dia yang ke - 2*.  Aku plan birthday party dia ni lebih kurang 3 minggu.  Sebab aku memang akan kelam kabut kalau plan sesuatu last minutes.  Birthday aku bulan 2 dan birthday dia pula bulan 3 jadi excited selepas di-surprised kan tu lebih kepada tak sabar pula nak buat surprise kan semula orang tersayang. Segan nak cerita nanti kantoi semua benda dekat sini. Dah lama tak cerita pasal Love Story dekat blog.

Jadi aku nak kongsi sikit pengalaman how I planned the surprise.  At first aku memang keep searching romantic place for dinner.  Dan aku minimize kan sehabis mungkin budget sebab tak mahu membazir dan dia memang sangat tak suka aku spend banyak benda untuk dia.  Tapi perempuan korang tahu lah lagi-lagi untuk orang yang jaga dia dengan baik.  Selain mak abah dan ahli keluarga aku, dia ialah seseorang yang aku percaya untuk buat keputusan.  Setiap ketegasan dia bila dia kata NO dia akan datangkan dengan reason yang kukuh.

Jadi bila dah survey punya survey aku jumpa BORA OMBAK.  Dan first sekali aku tengok gambar-gambar tempat ni memang sangat-sangat nice dan ramai yang buat review puas hati dengan service dekat sini.  Jadi aku pun call dan tanya pakej untuk Candle Light Dinner ada tak?  Dia akan tanya untuk berapa pax.  Bila aku kata dua orang. Dia akan tanya nak pakej RM200 or RM300.  Aku tak terus setuju, aku tanya dulu menu-nya.  1 appetizer 2 main menu 3 dessert.  Aku tanya juga ada set up decoration macam mana.  Ada live band yang macam mana.

Then 1 day before hari kejadian tu aku bank in dan attach payment slip hantar dekat email mereka.  Senang kan.  Kemudian aku print Maps siap-siap sebab boss aku ni dia jenis yang tak suka ubah rancangan last minutes.  Aku dahla tipu dia kata nak belanja dia dekat Subak Restaurant lepas tu dia dah siap google coordinate tiba-tiba ubah destinasi mesti dia bebel sepanjang jalan punya.  Jadi sebab tulah aku siapkan maps ni awal-awal dan selit dalam birthday card dia.

Masa petang aku sampai tu sempat lagi aku berdrama cakap tak sempat beli hadiah. Cuma belikan Perfumes Polo.  Lepas tu buat-buat tak bersalah cakap malas nak balut-balut dah membazir pembalut hadiah.  Lagipun boss ni memang simple je orangnya dan sangat low profil tu sebab aku suka dia agaknya.  Lepas tu aku ni lapar la pula masa tu dahla dah pukul 615 nak makan roti nan pulak.  Pergilah pun dia bawa aku ke area Maju Junction.  Tunggu roti nan pun dah dekat pukul 7. Aku dahla risau pasal rancangan aku ubah tempat dinner tu.  Then makan cepat-cepat ajak dia balik jomlah ada mission ni nak kasi boss buat.  Alaaa waktu suntuk macam ni ada mission pulak dah.  Haha serabut tiba-tiba rasanya.  Then aku bagi dia card birthday.


Malu rasa nak tunjuk tulisan dalam Birth Card ni. Tapi aku ada tulis macam gini "You're invited to attend a Candle Light Dinner tonight located at Bora Ombak 9:30 p. m. Please be my partner =) and refer the attachment for your reference. Kemudian adalah ayat-ayat nak mengurat sikit dalam card ni. #konon-konon-nya-sweetlah-tu Hahaha tapi dia memang sempat gelakkan aku lagi lah.  Maksudnya belum berjaya buat dia rasa terharu.

Hantar aku balik bersiap dulu. Then dalam pukul 815 dia datang ambil aku.  Well rasa macam nak sambut birthday aku pula.  Nak buat macam mana kalau pun nama-nya lelaki kena lah ambil dan menghantar walaupun waktu tu ialah birthday hampa.  Mudah je nak cari lokasi ni which korang boleh je guna waze or google maps.



 
Tak dapat nak snap gambar banyak sangat sebab orang depan aku terlalu banyak soalan yang ditanya. Masa ni dah mula nampak muka terharu beliau. Lagi-lagi bila ada live band datang dekat table kami dan nyanyikan lagu Sedetik Lebih dari Anuar Zain. Berhenti makan sebab menghayati lagu tu. Dialah berhenti makan, aku teruskan je suapan 1 per 1 ke dalam mulut.  Apakata korang klik video dekat bawah ni.  Korang boleh lah dengar lagu ni sekali sambil dengar suara boss aku yang bertanya.  #terharu-lah-tu-sampai-mata-berair-cuma tak mengalir .. Bila dah habis he said to me "I think i'm too old to having this moment haha finally." Takdalah tua mana late 20 je pun tapi jarak umur aku dengan dia jauh juga.  Jadi kehendak aku pemikiran aku dengan dia 180 darjah berbeza. Dia tak suka membazir dia tak suka menunjuk apa yang dia ada atau apa yang dia buat untuk aku dan dia sangat bersabar melayan karenah aku. Setiap kali perangai aku pelik-pelik sikit dia warn aku "Behave okay take care". Dan sebenarnya aku bukan suka membazir duit sendiri untuk lelaki tapi just because he gives meaning to my life so I think he derserve to be treat like this.  Belanja makan je pun. Tapi to be honest aku tak suka belanja lelaki makan.  Macam polisi hidup aku - Never treat man a meal.





Okay dekat bawah ni credit photo to My Senior UiTM Kak Fatin Suhana.  Aku baca blog dia lah terjumpa pasal tempat ni. Thanks Kak Fatin. Liz pinjam gambar dari blog Kak Fatin 2 keping ye.



Untuk MENU pula ada 3 gambar yang sempat aku snap untuk korang tengok:



Aku memang suka sangat dengan dessert ni.  Pisang-nya tu macam di goreng sekejap lepastu ada kelapa goreng atas tu makan dengan ais krim vanila dan cicah-cicah sikit honey syrup tu. Urmmm dapnya rasa nak lagi.  Aku memang sangat mencadangkan korang datang sini untuk dinner.  Lagi-lagi dengan orang yang korang sayang. Tak kisah dengan ibu atau ayah pun boleh.  Sambut birthday dan apa yang korang nak rancangkan korang boleh plan dengan pihak Bora Ombak.

G1, Kompleks Sukan Ampang, Persiaran Mamanda 1, Ampang point, 68000 Ampang Selangor.
03-4251 6303/03- 4251 6302
010- 2141825/ 016- 6089806
Boraombak@gmail.com
After dine dia ajak balik. Tapi aku tunggu dorang hantar kek. Macam-macam alasan aku bagi sebab perut kenyang sangat tak boleh bangun. Lepas dia ajak lagi balik. Aku kasi alasan kaki kejang pulak.  Finally kek sampai dan again abam-abam band tu datang nyanyi-kan lagu Happy Birhtday.  Dan sebelum dia balik, aku ada 1 lagi hadiah untuk dia.  Aku beli-kan dia Shin Guard.  Ingat tak entry pasal Birthday aku yang aku kena tipu pasal Shin Guard tu.  Jadi aku hadiahkan dia Shin Guard to thanks him buat aku Happy on My Birthday last month.


To see you smile, bring happiness to me. To hear you laugh is melody to my ears. 
Happy Birthday Dear AA.