Nails Treatment Area Mentakab | Assalamualaikum. Alhamdullilah rezeki lebih sikit bulan ni so i did my very-very first experienced went to Nails Spa. Dan setiap apa yang manicurist ni buat, dia terangkan pada aku. Mula-mula dia suruh aku sinsing-kan seluar. Cisss aku sinsing-kan tahap suku betis je lah. Then dia minta naik-kan sampai lutut. Aduh ~~~~ malu pula rasa. But no worries okay sebab all ladies dalam ni. Cuma if for nails treatment husband dia akan buat.
Tempat ni sangat-sangat selesa. Furniture dalam ni pun agak mewah dan canggih. Sambil dia scrub betis aku & kaki aku tu. Haaa dia pasangkan kerusi urut tu. Dah la kerusi tu empuk warna purple lagi. Rasa macam queen sekejap. Pastu kena urut-urut lagi. Belakang kena urut pastu kaki pun kena urut. Aku tak berapa ingat step by step dia punya cara tapi ada banyak jenis cream lotion yang di-sapu dekat kaki aku. Lepas tu dia smoothing kawasan foot aku yang dah macam keras sikit lagi-lagi di bahagian tumit ... #firsttimekan Memang jakun sesangat lah. Dah la aku pergi sorang walk in tak buat appointment, sangat-sangat lucky sebab waktu tu takda customer tapi hour yang seterusnya sehingga lah jam 430 petang baru ada kosong. Phewwww ~~~
Then bila dah kasi lembut dah kasi bersih semua cell kulit mati. Sebab kulit aku sangat kering. Lepas dia buat tu ... Haaa lembut nya kaki ... Lepas tu waktu untuk kilatkan kuku. Hah dia buang lah segala kekotoran kuku yang aku ada .. Jadi aku nak nasihatkan dekat korang jangan lah pakai kasut ketat nanti jadi macam kaku aku. Kuku rosak. Aku ingatkan rapuh sebab kurang calcium. Hoho tapi nails specialist ni kata ni mesti kasut ketat ni. Ohh memang ye pun masa tahun 2013 aku kerap juga pakai kasut yang bahagian kuku ibu jari sedikit ketat. Lutut pun boleh sakit tau akibat pakai kasut ketat ni.
Macam-macamlah dia nasihat. Memang sangat-sangat selesa buat treatment dekat sini. Penerangan mereka, layanan mereka. Greeting semua nya terbaik. Cuma aku je nak snap picture kasi korang tengok segan-segan sikit. Tapi adalah juga 3 4 keping yang aku snap selepas minta kebenaran dengan owner-nya. :)
Nails Style
Professional Nail and Waxing Centre
11, Ground floor,
Jalan Teratai,
28400 Mentakab,
Pahang
Phone
+6092779697
Professional Nail and Waxing Centre
11, Ground floor,
Jalan Teratai,
28400 Mentakab,
Pahang
Phone
+6092779697
No comments:
Post a Comment