Hotel Menarik Di Shah Alam | De Art Hotel ..
Assalamualaikum. Meh aku kongsi sikit pasal Hotel yang aku check in minggu lepas bersama ahli keluarga yang lain. Aku dapat tahu pasal Hotel ni pun melalui boss, dia suruh aku google dan bandingkan nak book hotel yang mana 1. Aku keliru la dia ni dah macam setiausaha aku ke apa. Dalam sibuk-sibuk dia kerja ada juga masa dia survey kan untuk aku. Siap buat perancangan waktu perjalanan untuk percutian aku lagi.
Aku dah survey siap-siap dekat Website De Art Hotel Shah Alam ni. Memang excited sangat sebab bilik-bilik yang ada dalam Hotel ni ada macam-macam tema. De Art Hotel Shah Alam ni Hotel yang berkonsepkan Boutique Hotel. Antara themes yang mereka sediakan ialah seperti Pharaoh's conquer / Secret Garden / Elvis Presly / Hello Kitty dan banyak lagi.
Depan Hotel De Art
Receptionist yang sangat peramah & sporting!
(Yang lelaki kata dia ambil gambar tak suka pandang kamera)
Dan jom tengok antara bilik-bilik yang ada dekat Hotel De Art ni. Selebihnya nanti kalau korang nak tengok boleh layari www.hoteldeart.com.my
Dan jom tengok antara bilik-bilik yang ada dekat Hotel De Art ni. Selebihnya nanti kalau korang nak tengok boleh layari www.hoteldeart.com.my
Banyak bilik yang menarik kan. Tinggal nak pilih je tema yang macam mana korang nak.
Ni ruang melepak. #Lobbyhotel
Buat jejaka dekat luar sana yang rasa nak meminang aku tu. Boleh lah belajar ambil hati mak aku ni. Hahaha.
Bangun pagi je boleh intai jejaka macho berjogging dekat tasik tu.
Hehe intai dari bilik je huhu.
Pada aku cukup luas bilik ni untuk 4 orang. #familyroom
Menu untuk pagi nya boleh pilih Set A sehingga Set yang ke berapa pun aku tak ingat. Kat sini dorang tak buat buffet jadi kena pilih set menu yang korang inginkan.
Mine!
Nenek pilih Tuna Sandwich.
Aku suka suasana tempat ni sebab ianya berkonsepkan ala-ala Bali.
Okay lepas makan melepak sebelum check out. Tunggu bos datang sebab nak keluar lunch lagi dengan dia bersama family. :)
Bawah ni ada video sikit yang sempat rakam masa lepak dekat Lobi Hotel.
Boleh lah tengok. Dan semoga De Art Hotel menjadi pilihan hotel anda seterusnya untuk bercuti. Lagipun hotel ni dekat sangat dengan I City iaitu 2 minit je jarak perjalanan. Kalau daripada KL City Center cuma 20 minit. Ada wifi tau di setiap bilik.
Hotel De Art
Hotline : 03 55180975 / 03 55180976
Fax : 03 55111667
Email : contact@hoteldeart.com.my
Address : No.3 Jalan Kristal AS7 / AS
Section 7
40000 Shah Alam
Selangor Malaysia
Website : www.hoteldeart.com.my
Facebook : www.facebook/hoteldeart
3 comments:
Jatuh hati dengan hotel ni. Macam duduk dalam bilik istana. Nanti nak try stay kat sini
alang2 klu nk.p.i icity kan. sesuai book sni
katil dia cantik!!!
Post a Comment