Wednesday, May 2, 2012

Ayam Percik Keliru

liz keliru sikit nak masak ayam percik ni . ada dua resepi, yg mana tah liz nak ikut . tibai je lah liz gabung dua-dua .. ok ke macam ni? dari sedia bahan-bahan perap ayam tadi liz tak kenal ketumbar dengan jintan putih .. alah tak payah nak gelak sangat ok, sekurang-kurangnya liz kenal juga bawang halia tu .. 


bahan-bahan dia


 time ayam kene perap bukan peram ok!






yang dah siap di bakar



ni yang dah di curah kuah percik
.........................


resepinya :



Bahan-bahan (perap ayam)
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih


Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1/4 sudu besar halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

cara-cara dia :



Cara-cara
  1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
  2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
  4. Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
  7. Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

masak ayam percik ni liz dapat kenal ketumbar, jintan putih dan halba .. sangat sedap, serius tak tipu .. esok masak apa pula ye .. susah juga rupanya jadi pra suri rumah ni, asyik kena fikir menu ja .. 

1 comment:

Anonymous said...

haaa,, sedap! jeless,, hha